Puisi esei ihsan madani dalam antologi selipar bersalut lumpur dan lakaran cinta buat anak syurga

Fatin Najla Omar and Sim, Chee Cheang (2024) Puisi esei ihsan madani dalam antologi selipar bersalut lumpur dan lakaran cinta buat anak syurga.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (225kB)

Abstract

Sastera dikatakan sebagai kunci kepada pembentukan peradaban manusia dan ia harus tetap bersifat inklusif dalam era moden pada masa kini (Martin Puchner 2017). Sejajar dengan peranan sastera kebangsaan dalam Malaysia Madani, satu asas penting yang menjadikan sastera kebangsaan relevan dalam kerangka Malaysia adalah pemahaman konsep Madani khususnya komponen ihsan. Komponen ihsan ditakrif dengan tepat oleh Noor Mohamad Shakil Hameed (My Metro 23/7/2024) sebagai “peduli dan belas kasihan, iaitu mengasihi orang lain merangkumi ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan anggota masyarakat secara keseluruhan termasuk golongan minoriti” perlu ditelitikan sebagai asas keapda konsep Madani Malaysia. Persoalan siapa, apa, bagaimana dan bila konsep ihsan ini boleh diaplikasi bermula dengan kebolehan “ber-ihsan” yang merujuk kepada kebolehan berasa penderitaan dan kemelaratan orang lain supaya supaya bertindak untuk membantu dalam penyelesaian masalah mereka. Artikel ini bertujuan meninjau dan meneliti erti “ihsan” dalam konsep “Madani” melalui pandangan yang terungkap dalam puisi-puisi esei terpilih karya Haliza Matali, Salvia Rose dan Fatin Najla yang diterbitkan dalam buku Antologi Puisi Esei Selipar Bersalut Lumpur dan Lakaran Cinta Buat Anak Syurga (2024). Antologi ini menghimpunkan kisah-kisah manusia yang diadunkan dengan kisah daya cipta dalam pengupayaan modal insan, kearifan tempatan dan berbelas ihsan terhadap sesama manusia. Kaedah kajian dengan analisis tekstual atas tiga buah puisi akan diserlah dalam bentuk genre puisi esei memandangkan genre tersebut telah diiktiraf sebagai suatu cabangan dalam kesusasteraan Melayu moden. Penampilan analisis puisi-puisi esei tersebut mendedahkan nilai ekstrinsik dalam konsep Malaysia Madani dengan menyumbang kepada penakrifan baru nilai-nilai kemanusiaan sejagat dengan lensa sosio-politik dan ekonomi adil dan bersatu padu.

Item Type: Proceedings
Keyword: Sastera, puisi esei, madani, ihsan, nilai kemanusiaan
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN4500 Essays (Literary history)
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 Mar 2025 14:24
Last Modified: 05 Mar 2025 14:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43043

Actions (login required)

View Item View Item