Reka corak dalam seni manik masyarakat Rungus di Sabah : Dalam konteks formalistik

Siti Fariza Mahfar, Alvin Min Han (2018) Reka corak dalam seni manik masyarakat Rungus di Sabah : Dalam konteks formalistik. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (844kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Manik adalah bahan artifak yang awal diciptakan oleh manusia iaitu sejak puluhan ribu tahun yang lalu. Sejarah menunjukkan bahawa bahan manik menjadi bahan terpenting dalam perdagangan di Asia Tenggara dan sering ditemui di tapak-tapak arkeologi. Masyarakat Rungus di Sabah amat terkenal dengan penggunaan seni manik dalam pakaian, ritual dan adat istiadat. Manik diperbuat daripada pelbagai material dan mengandungi pelbagai bentuk serta warna. Pada umumnya, manik dicipta sebagai barang perhiasan tubuh tetapi berkembang menjadi bahan bekalan kubur, keagamaan, matawang, hantaran kahwin, azimat, ritual, simbol kemewahan dan sebagai hadiah harta pusaka. Kearifan pemikiran masyarakat Rungus digambarkan dalam pelbagai imej reka corak yang dihasilkan. Setiap corak dan motif manik memaparkan simbolisme, pemikiran dan pandangan hidup mereka. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kerja lapangan bagi mengumpul data dan menganalisis reka corak dan motif manik. Pendekatan yang digunakan untuk menganalisis data ialah daripada teori Joseph Darracot melalui tiga peringkat, iaitu deskripsi, interpretasi dan evaluasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa motif seni manik adalah simbolisme budaya Rungus, yang diterjemahkan daripada unsur tumbuhan, haiwan dan alam yang kaya dengan maksud secara tersurat dan tersirat. Keunikan ini merungkai makna simbolisme, nilai murni, budaya, identiti serta pemikiran masyarakat Rungus melalui seni manik. Justeru itu, seni manik harus dilestarikan sebagai satu warisan etnik dan lambang jati diri.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Seni manik, Masyarakat Rungus, Simbolisme budaya, Kearifan budaya, Warisan etnik, Motif manik, Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
N Fine Arts > N Visual arts > N1-(9211) Visual arts > N8700-9165 Art and the state. Public art
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 06 Mar 2025 15:07
Last Modified: 06 Mar 2025 15:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43055

Actions (login required)

View Item View Item