Fadhleena Ali (2018) Hidrogeokimia air bawah tanah dalam formasi togopi di sekitar kampung Tanjung Labian felda sahabat Lahad Datu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (16MB) |
Abstract
Kajian hidrogeokimia air bawah tanah telah dijalankan di sekitar Kampung Tanjung Labian, FELDA Sahabat Lahad Datu untuk mengenalpasti sifat fiziko-kimia batuan dan tanah terhadap air bawah tanah serta proses geokimia yang mengawal komposisi serta kualiti air bawah tanah pada akuifer karbonat cetek. Kawasan kajian adalah sebahagian daripada Kumpulan Dent yang diwakili Formasi Togopi berusia Pliosen hingga Pleistosen yang terdiri daripada batuan karbonat, karang yang terendap dengan baik, batu pasir berkapur, dan lempung berpasir. Sifat batuan induk yang poros dilihat berpotensi menjadi akuifer dan sumber bekalan air di kawasan kajian. Sampel air bawah tanah dicerap daripada tiga buah lubang gerudi iaitu BH-1, BH-2 dan BH-3 dengan jarak 200 meter di antara setiap lubang gerudi dengan persekitaran geografi yang meliputi kawasan perladangan menghala ke arah laut. Hasil analisis fiziko-kimia menunjukkan semua sampel air bawah tanah berada di bawah paras yang ditetapkan oleh World Health Organisation (WHO) kecuali jumlah pepejal larut (TDS) 1041 – 3065 mg/L, natrium (Na) 194 – 994 mg/L, klorida (Cl) 440.44 – 1101.21 mg/L, dan sulfat (SO4) 365.41 – 458.74 mg/L. Logam berat aluminium (Al), arsenik (As), plumbum (Pb) dan selenium (Se), juga masing-masing melebihi had yang ditetapkan yakni 0.2 mg/L, 0.01 mg/L, 0.01 mg/L and 0.04 mg/L. Ketinggian nilai TDS yang melebihi 1000 mg/L memberikan pengelasan air payau pada semua sampel. Nilai TDS dan kekonduksian (EC) yang tinggi dan pH yang berjulat neutral menunjukkan kesan pelarutan mineral karbonat serta kadar permineralan yang sangat tinggi dari batuan induk. Fasies hidrogeokimia menunjukkan jenis air bawah tanah Na-Cl, menandakan permineralan tinggi dan wujudnya pengaruh kemasinan yang disumbangkan oleh intrusi air laut pada akuifer. Analisis menunjukkan proses evaporasi yang dominan hasil kemasinan diikuti proses interaksi antara air dengan batuan hasil pelarutan dan luluh hawa karbonat, serta proses pertukaran ion, telah mengawal kimia air bawah tanah pada ketiga-tiga lubang gerudi. Kepekatan logam berat Al, As, Pb dan Se yang melebihi had piawaian WHO hasil daripada proses antropogenik dan mineral bukan karbonat. Analisis Pembelauan Sinar-X (XRD) telah mengesan kehadiran mineral kalsit dan kuarza yang dominan dalam sampel tanah yang dicerap semasa aktiviti pemasangan lubang gerudi dijalankan. Komposisi dan kualiti air bawah tanah di kawasan kajian memperlihatkan pelbagai proses tindak balas kimia yang terlibat iaitu proses evaporasi, pelarutan karbonat dan pertukaran ion. Kesimpulannya, air bawah tanah pada kesemua lubang gerudi dipengaruhi oleh proses geologi batuan dasar dan rejahan air laut. Oleh hal yang demikian, air bawah tanah perlu menjalani rawatan khusus serta pemantauan rapi sebelum dijadikan sebagai air minuman dan kegunaan utama bagi penduduk sekitarnya.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Proses hidrogeokimia, Air bawah tanah, Kualiti air, Formasi togopi |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB651-2998 Hydrology. Water > GB980-2998 Ground and surface waters > GB1001-1199.8 Groundwater. Hydrogeology |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 06 Mar 2025 15:07 |
Last Modified: | 06 Mar 2025 15:07 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43056 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |