Pulau Labuan dalam jaringan pelabuhan perkapalan dan perdagangan (1846-1941)

Sharjetta Dewi Injiksin (2017) Pulau Labuan dalam jaringan pelabuhan perkapalan dan perdagangan (1846-1941). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (346kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana perkembangan Pulau Labuan berhubung dari sebuah perkampungan persinggahan nelayan semasa pentadbiran Kesultanan Brunei berubah menjadi sebuah pusat pelabuhan, perkapalan dan perdagangan di bawah pentadbiran British. Pemerintahan yang dijalankan oleh Kesultanan Brunei di Pulau Labuan menunjukkan ketidakcekapan dalam pentadbirannya sehingga membawa penyerahan Pulau Labuan kepada pemerintahan British. Kedatangan kuasa Eropah telah memutuskan hubungan perdagangan di antara Brunei dengan China menyebabkan tanah jajahan Brunei satu persatu jatuh ketangan kuasa Sepanyol. Kemudian diikuti pula dengan Sarawak dan Borneo Utara jatuh ketangan British. Maka dengan ini Brunei meminta bantuan dengan salah seorang pengembara British iaitu James Brooke bagi menyelesaikan masalah tersebut. Justeru itu, Sultan Brunei menawarkan Pulau Labuan kepada British pada tahun 1844. Pembukaan Pulau Labuan sebagai tanah jajahan British pada tahun 1846 telah menukar fungsi Pulau Labuan dari sebuah pangkalan persinggahan kepada sebuah pelabuhan bebas utama di Borneo. Penukaran fungsi Pulau Labuan dari sebuah pangkalan persinggahan kepada pelabuhan terancang ini adalah kerana British ingin menjadikan Pulau Labuan sebagai sebuah stesen untuk membangunkan perdagangannya di British Borneo dan kekuatan tentera lautnya di Laut China Selatan. Perubahan yang berlaku ini juga telah membawa kepada satu rantaian perkembangan dalam menjadikan Pulau Labuan sebagai pusat pelabuhan, perkapalan dan perdagangan di Borneo.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pulau Labuan, Kesultanan Brunei, Pemerintahan British, Perkampungan nelayan, Perdagangan Borneo, Penyerahan Pulau Labuan, James Brooke
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS611-649 Indonesia (Dutch East Indies) > DS646.3-646.34 Borneo. Kalimantan, Indonesia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Mar 2025 09:55
Last Modified: 11 Mar 2025 09:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43072

Actions (login required)

View Item View Item