Pengaruh rekaan tanda keselamatan terhadap tingkah laku dan penerimaan kanak-kanak

Dayang Suhailah Bahrudin and Lee, Lilian Shiau Gee (2024) Pengaruh rekaan tanda keselamatan terhadap tingkah laku dan penerimaan kanak-kanak.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (223kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh rekaan tanda keselamatan terhadap tingkah laku dan penerimaan kanak-kanak. Keselamatan kanak-kanak merupakan isu yang kritikal pada zaman kini dan pemahaman terhadap elemen reka bentuk tanda keselamatan dapat membantu meningkatkan kesedaran dan kepatuhan mereka terhadap amaran keselamatan. Kajian ini menumpukan kepada mengenalpasti reka bentuk tanda keselamatan yang paling berkesan, termasuk warna yang sesuai, elemen rekaan yang menarik perhatian, dan faktor-faktor yang mempengaruhi kefahaman kanak-kanak terhadap mesej keselamatan. Melalui pendekatan kajian kualitatif dan kuantitatif, data dikumpulkan daripada responden kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun di beberapa pra-sekolah di daerah Putatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tanda keselamatan yang menggunakan warna- warna terang dan kontras tinggi serta mempunyai elemen grafik yang jelas lebih mudah difahami dan diingati oleh kanak-kanak. Kajian ini menyarankan agar pereka tanda keselamatan mempertimbangkan aspek-aspek ini dalam usaha meningkatkan keberkesanan mesej keselamatan kepada kanak-kanak. Penemuan ini penting bagi pihak berkuasa dan pendidik dalam merangka strategi komunikasi keselamatan yanglebih efektif untuk kanak-kanak.

Item Type: Proceedings
Keyword: Rekaan Tanda, Keselamatan Kanak-Kanak, Kesedaran, Kepatuhan,Pendekatan Kajian, Komunikasi Keselamatan
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. Illustration > NC1-1940 Drawing. Design. Illustration
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA1-2040 Engineering (General). Civil engineering (General) > TA1001-1280 Transportation engineering
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Mar 2025 09:58
Last Modified: 11 Mar 2025 09:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43087

Actions (login required)

View Item View Item