Salbiah Kindoyop and Mohammad Puad Bebit and M Fazmi Hisham (2024) Idealisme dan ikonik batik Sabah.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (729kB) |
Abstract
Seni batik terkenal dengan reka bentuk dan corak yang unik serta menampilkan keindahan seni tekstil yang mencerminkan nilai-nilai dan identiti budaya masyarakatnya. Di Malaysia, terdapat empat corak motif yang terkenal iaitu corak flora, corak fauna, corak geometri dan abstrak. Motif yang popular pula adalah tumbuh-tumbuhan seperti pucuk rebung, bunga kenanga, cempaka dan lain-lain. Seni batik di Sabah juga mempunyai keunikan dan identiti sendiri berdasarkan reka bentuk dan coraknya. Kertas kerja ini membincangkan prinsip-prinsip idealismee yang diterapkan dalam penghasilan corak batik Sabah, termasuk penekanan pada kreativiti dan keindahan seninya. Selain itu, kajian ini membincangkan status ikonik batik Sabah yang menjadi simbol identiti budaya dan kebanggaan masyarakat Sabah. Kajian ini melibatkan pengumpulan data menggunakan kaedah kualitatif yang menganalisis reka corak batik Sabah melalui kaedah temu bual dengan pembuat batik dan pakar budaya. Seterusnya mengungkapkan idealismee dalam penghasilan reka corak batik Sabah yang terhasil daripada idea yang mengekalkan tradisi dengan gabungan inovasi motif daripada alam semula jadi. Ikon batik Sabah pula ditentukan oleh beberapa faktor seperti pengiktirafan masyarakat, nilai keindahan serta tarikan dalam budaya dan komersial. Kesimpulannya, Batik Sabah adalah manifestasi seni yang indah melalui representasi idealismee yang menginspirasikan simbol ikonik yang penting bagi identiti budaya. Kertas kerja ini memberikan sumbangan kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang seni tradisional seperti batik Sabah agar terus relevan dan berpengaruh dalam dunia moden melalui gabungan idealismee dan pengiktirafan ikonik.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Batik Sabah, Reka corak, Idealismee, Ikonik, Identiti budaya, Keindahan |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology N Fine Arts > ND Painting > ND25-3416 Painting |
Department: | FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 11 Mar 2025 10:44 |
Last Modified: | 11 Mar 2025 10:44 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43103 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |