Panglima Muhammad Salleh dan Syarif Osman: Islam, jihad dan patriotik

Nordi Achie and Narsyatika Adira Puddin (2024) Panglima Muhammad Salleh dan Syarif Osman: Islam, jihad dan patriotik.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (333kB)

Abstract

Kertas ini bertujuan mencungkil kedudukan Islam yang terselip di sebalik roh dan perjuangan Panglima Muhammad Salleh dan Syarif Osman ketika menentang regim kolonial Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Tema ini sangat diabaikan dalam wacana ilmiah, khasnya mengenai gerakan dan kebangkitan antikolonialisme. Perlu ditegaskan, SBBUB merupakan ejen penjajah British di Sabah. Persoalannya, di manakah kedudukan Islam yang memainkan peranan vitalistik secara implisit dalam perjuangan kedua-dua tokoh patriot ini? Kebenaran ini tidak akan dapat dijejaki andai para sejarawan zaman nasional hanya terpaku dengan kulit sejarah sahaja atau terpana dengan permukaan sejarah semata-mata. Untuk membuktikannya, kita harus memahami inti sari yang tersirat di sebalik proses kesejarahan ini dengan lebih teliti demi membongkar dan menyelongkar kebenaran sejarah. Harus diingat, sejarah yang ditulis pada zaman penjajahan ialah sejarah penjajah – sejarah yang ditulis mengikut motif, acuan dan kepentingan penjajah. Justeru, kita sewajarnya lebih berwaspada dan kritis terhadap propaganda lihai dan licik yang terhunus di sebalik karya sarjana penjajah. Mengapa? Merekalah yang menulis sejarah bangsa dan nusa yang dijajah selama ratusan tahun. Dari perspektif dan kesedaran inilah, kita harus menilai semula sejarah yang telah ditulis oleh sarjana penjajah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Islam, Jihad, Patriotisme, Politik, Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP1-68 General
J Political Science > JC Political theory > JC11-605 Political theory. The state. Theories of the state
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Mar 2025 11:34
Last Modified: 11 Mar 2025 11:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43112

Actions (login required)

View Item View Item