Pertembungan awal Islam dan Kristian dalam pentas politik Sabah, 1946-1975: genesis dan sintesis

Nordi Achie and Narsyatika Adira Puddin (2024) Pertembungan awal Islam dan Kristian dalam pentas politik Sabah, 1946-1975: genesis dan sintesis.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (263kB)

Abstract

Kertas kerdil ini bertujuan menggarap dua tema utama. Pertama, perkembangan pelbagai pertubuhan bercorak keislaman dan kesedaran awal politik Islam pasca-1946. Kedua, pergolakan dan persaingan antara Islam-Kristian dalam kerangka politik kepartian pasca-1960 di Sabah. Kedua-dua tema ini saling berkaitan dan berkesinambungan dalam pentas sejarah politik dan agama di negeri ini. Meskipun pertembungan ini ada kalanya menimbulkan ketegangan dalam perkembangan politik, namun ia tidak pernah mengakibatkan tercetusnya rusuhan agama, politik dan kaum di Sabah dalam tempoh tersebut. Mengapa? Masyarakat majmuk di negeri ini tetap mengutamakan harmonisme kaum dan agama berbanding konflik politik kepartian yang berbentuk dikotominasi perkauman dan keagamaan. Malah, mereka sangat menyedari bahaya di sebalik pempolitikkan agama, sekalipun konflik agama dan politik amat sukar dinafikan pengaruhnya dalam sistem dan amalan demokrasi. Dengan menyedari batasan dalam berpolitik – bukan semua perkara boleh dipolitikkan sewenangnya – dan senstiviti keagamaan, keharmonian politik dan sosial dapat dilestarikan di Sabah. Akar keharmonian ini telah terpateri dalam sejarah Sabah sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia lagi sekali gus menunjukkan betapa pentingnya kesederhanaan (bukannya ekstremisme) dalam berpolitik serta sikap politik yang sentiasa terkawal daripada pengaruh nafsu liar dalam politik kepartian.

Item Type: Proceedings
Keyword: Politik, Islam, Kristian, Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BR Christianity > BR1-1725 Christianity > BR115 Christianity in relation to special subjects
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Mar 2025 11:36
Last Modified: 11 Mar 2025 11:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43114

Actions (login required)

View Item View Item