MA63: perjuangan bangsa atau kuasa

Musirin Mosin (2024) MA63: perjuangan bangsa atau kuasa.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (883kB) | Request a copy

Abstract

Malaysian Agreement 1963 (MA63) sedang hangat “diperkatakan” di media sosial terutamanya Whatsapp. Perkara yang diperkatakan adalah tentang hak-hak Borneo yang terlepas 61 tahun. Pembicara secara sewenang-wenang ini bukan lagi pemimpin utama negara tetapi juga rakyat tempatan di mana secara emosinya menempelak Kerajaan Persekutuan sebagai “tidak adil dan telah menindas rakyat Borneo sekian lama. Tokoh pembicara Whatsapp mendakwa bahawa pejuang-pejuang Sabahan ini telah semarak semenjak sekian lama dan terajunya adalah “parti Adaptasi daripada Sarawak, iaitu Parti Star Sabah.” Benarkah begitu, yakni perjuangan ini tekal sejak mula idea berjuang untuk Sabah sehingga kini apabila terajunya kini menjadi orang nombor dua dalam Kerajaan negeri Sabah.” Daripada persoalan dan isu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk merungkai santai Malaysian Agreement 1963 (MA63), sama ada ianya difaktorkan oleh “semangat perjuangan atau semata-mata kerana keinginan untuk berkuasa”. Kaedah kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan pemungutan data berasaskan transkrip daripada pernyataan whatsapp yang berkait dengan MA63. Analisis data pula dilakukan secara manual ke atas dokumen MA63 dan dilaporkan dalam bentuk tema dan kategori berserta transkripsi pernyataan whatsapp berkaitan. Dapatan kajian, menunjukkan positif tema keinginan untuk berkuasa dengan ketidaktekalan untuk mempertahankan kandungan MA63. Namun tidak dapat dinafikan perjuangan tersebut adalah asas kepada penglibatan tokoh ini pada awal kemunculan dalam politik dan menjadi faktor kepada perjuangan tokoh ini. Rumusannya, media sosial iaitu whatsapp merupakan media terbuka yang melahirkan tokoh pembicara bebas mengenai MA63 tanpa kesahan kepimpinan dan pengetahuan sebenar mengenai perjanjian tersebut. Meskipun pembicara tiada bukti ketokohan dan kelayakan untuk membicarakan isu berkenaan tetapi sekurang-kurangnya telah menjadi makluman kepada kita bahawa perjuangan itu penting dipertahankan tanpa perubahan untuk selama-lamanya. Tidak kembali mekar apabila wujud kesempatan yang mudah untuk melakukannya.

Item Type: Proceedings
Keyword: Malaysian Agreement, Perjuangan, atau Kuasa Semata
Subjects: J Political Science > JA Political science (General) > JA1-92 Political science (General) > JA86-88 Study and teaching. Research
L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Mar 2025 15:38
Last Modified: 12 Mar 2025 15:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43159

Actions (login required)

View Item View Item