Norfadillahusna Yakup (2018) Simulasi pengoptimuman penghadang untuk mengurangkan bunyi bising daripada operasi kuari pasir dan batu di daerah Kota Belud Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (283kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Bunyi merupakan gelombang tekanan yang terhasil daripada getaran objek. Gelombang ini kemudiannya di kesan oleh telinga lalu menghantar isyarat ke otak untuk mengenalpasti bunyi objek. Apabila aras bunyi meningkat melebihi had yang boleh diterima oleh telinga manusia, hingga menyebabkan bunyi yang didengari tidak diingini, tidak menyenangkan dan boleh menjejaskan kesihatan manusia, ia dipanggil sebagai hinggar. Pendedahan kepada bunyi yang tidak terkawal dalam industri kuari pasir dan batu menyebabkan peningkatan pencemaran hingar di kalangan pekerja dan penduduk setempat yang tinggal berhampiran dengan kuari. Pendedahan berlebihan kepada bunyi boleh menimbulkan masalah daripada kesan kejengkelan hingga menyebabkan masalah pendengaran. Kajian ini telah dijalankan di salah satu kuari pasir dan batu di Daerah Kota Belud. Tujuh tapak pemonitoran telah dipilih iaitu pam air, penyembur air, roller sand screen , pejabat, pejabat penimbang, kuari batu dan kawasan perumahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa purata aras tekanan bunyi (equivalent continuous sound level ,Leq) yang paling tinggi ialah daripada kuari batu iaitu 94.6 ±1.6 dBA dan 91.8 ± 0.4 dBA, diikuti oleh roller Sand Screen dengan 90.8 ± 0.3 dBA. Kawasan pam air, penyembur air, pejabat penimbang dan kawasan kediaman masing-masing menghasilkan purata aras tekanan bunyi (equivalent continuous sound level ,Leq) pada 87.4 ± 0.3 dBA, 86.9 ± 1.5 dBA, 69.5 ± 5.4 dBA dan 67.2 ± 1.9 dBA. Purata aras tekanan bunyi (Leq) yang terendah direkodkan adalah di pejabat iaitu 65.0 ± 4.3 dBA. Terdapat tiga tapak pemonitoran yang melebihi had piawai yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) iaitu tapak roller sand screen, tapak kuari batu dan kawasan perumahan. Oleh itu, reka bentuk penghadang yang kos efektif, selamat, mudah dibina dan diselenggara adalah di cadangkan untuk mengurangkan kesan bunyi di kawasan perumahan daripada kuari pasir dan batu di Kota Belud Sabah. Dua perisian pemodalan bunyi digunakan iaitu Mas Environmental dan dBForesight untuk melakukan simulasi penghadang di antara kawasan perumahan dan kawasan kuari batu dan pasir. Parameter penghadang bunyi yang dipilih adalah ketinggian penghadang iaitu daripada 2 meter hingga 5 meter; jarak penghadang daripada sumber iaitu antara 1 meter hingga 20 meter; dan ketebalan penghadang bunyi iaitu diantara 1cm hingga 30 cm. Daripada simulasi yang dilakukan, penghadang yang paling optimum yang sesuai diaplikasikan bagi mengurangkan bunyi bising di kawasan perumahan adalah penghadang bunyi yang berketinggian 4 meter, 1 meter jarak daripada sumber dan berketebalan 10cm yang boleh mengurangkan aras tekanan bunyi hingga 19.6 dBA iaitu daripada aras tekanan bunyi 74.6 dBA hingga 55.0 dBA.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Bunyi, Gelombang tekanan, Hinggar, Kesihatan manusia, Pendedahan bunyi, Kuari pasir dan batu, Pemodalan bunyi, Penghadang bunyi, Leq, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Simulasi penghadang bunyi |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD878-894 Special types of environment Including soil pollution, air pollution, noise pollution |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 13 Mar 2025 08:42 |
Last Modified: | 13 Mar 2025 08:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43167 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |