Suzanne Anak Atar (2020) Perjanjian malaysia 1963 dalam konteks negeri Sarawak: Hak autonomi dalam isu-isu terpilih. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (905kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (21MB) |
Abstract
Kajian ini menganalisis isu-isu terpilih berkenaan hak autonomi negeri Sarawak yang dikaitkan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement of 1963) yang juga sering dikenali sebagai MA63. Perbincangan berkenaan kedudukan perundangan ini adalah berkisar mengenai penyertaan Sarawak di dalam pembentukan Malaysia melalui MA63. Natijahnya, Sarawak telah memperoleh kemerdekaannya sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia. Hak autonomi dalam MA63 merujuk kepada hak-hak istimewa dan jaminan perlembagaan yang kemudiannya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tahun 1963. Dalam hal ini, perbincangan khusus diberikan kepada hak autonomi dalam pendidikan dan Borneonisasi yang merupakan dua perkara penting dalam MA63 bagi kajian ini. Waiau bagaimanapun, didapati bahawa hujah Sarawak yang menjadikan MA63 sebagai satu cara untuk menuntut royalti minyak dan gas kepada Kerajaan Persekutuan yang sebenarnya tidak berkaitan langsung dengan peruntukan hak autonomi yang diberikan semasa MA63. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui rujukan dokumen dari arkib, handsard dari parlimen dan Dewan Undangan Negeri, pembacaan sumber sekunder dari buku ilmiah dan kaedah temubual bersama dengan responden yang berkaitan dengan kajian ini. Kajian mendapati bahawa segala tuntutan yang dikemukan oleh Sarawak melalui proses perundangan adalah suatu tuntutan yang tidak lagi relevan kerana setiap tuntutan hak yang dikemukakan sudah melalui prosedur perundangan yang sah di sisi undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tuntutan ke atas hak autonomi seperti bidang pendidikan dalam MA63 sebenarnya adalah hak autonomi yang dilihat diletakkan sebagai terma perjanjian melalui "syarat terbuka" dan boleh diubah berdasarkan perlaksanaan kerajaan negeri setelah berada di dalam Persekutuan Malaysia. Hak autonomi ke atas perkara Borneonisasi telah lama diselesaikan melalui perjanjian yang dilakukan oleh Kerajaan British, Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala bagi isu royalti minyak dan gas ianya adalah suatu keputusan yang dibuat bagi perkara yang telah diperakukan oleh pemerintah kerajaan selepas MA63 dan Pembentukan Malaysia 1963.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Hak autonomi, Sarawak, Perjanjian Malaysia 1963, Pendidikan, Borneonisasi, Royalti minyak dan gas, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Tuntutan |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 17 Mar 2025 10:54 |
Last Modified: | 17 Mar 2025 10:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43181 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |