Sejarah Pulau Timbang di Teluk Sandakan, Borneo Utara (1704-1877)

Abdul Sabah Mohd @ Mohammad Saba Mohd (2018) Sejarah Pulau Timbang di Teluk Sandakan, Borneo Utara (1704-1877). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (271kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini berjudul ‘Sejarah Pulau Timbang Di Teluk Sandakan,Borneo Utara (1704-1877). Ia merupakan satu kajian sejarah yang dibuat ke atas Pulau Timbang, dalam daerah Sandakan di sebelah pantai timur negeri Sabah. Kajian ini bertujuan merungkai sejarah, peranan dan perkembangan Pulau Timbang pada era Kesultanan Sulu ketika menguasai wilayah ini suatu ketika dahulu. Bagi tujuan tersebut, kaedah kajian yang dibuat adalah seperti ke lokasi kajian serta bertemu responden dari kalangan penduduk kampung yang sesuai dan terpilih untuk ditemu bual, terutama dari kalangan generasi tua pulau ini. Kajian ini telah membongkar rahsia sebenar pulau ini dan betapa pentingnya pulau ini kepada Kesultanan Sulu di Jolo dari segi politik dan ekonomi terutama pada era kedatangan dan ancaman Sepanyol ke atas Kepulauan Sulu. Pada era inilah Pulau Timbang menjadi penting demi kesinambungan kuasa Kesultanan tersebut, paling tidak sehingga kedatangan Amerika Syarikat sekitar tahun 1936. Oleh yang demikian, didapati sejarah pulau ini saling berkait rapat dengan sejarah Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pulau Timbang, Sandakan, Borneo Utara Kesultanan Sulu, Kesultanan Brunei
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Mar 2025 10:57
Last Modified: 17 Mar 2025 10:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43197

Actions (login required)

View Item View Item