Sosialisme Islam menurut Mustafa al-Siba‘i

Mohd Hatib Ismail and Ahmad Sunawari Long and Siti Rohani Jasni (2024) Sosialisme Islam menurut Mustafa al-Siba‘i. Rabbanica, 5 (2). pp. 1-17. ISSN , 2773-5583

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (417kB) | Request a copy

Abstract

Ideologi sosialisme lahir dalam kalangan pemikir Barat bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berteraskan keadilan sosial. Mustafa al-Siba‘i seorang pemikir muslim dari Syria juga berpandangan keadilan sosial yang ditekankan dalam konsep sosialisme sangat berkait rapat dengan ajaran Islam sehingga beliau menulis sebuah buku yang bertajuk ‘Sosialisme Islam’. Namun, Adakah idea-idea Mustafa al-Siba’i dapat diterima serta selaras dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah? Kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang pemikiran Mustafa al-Siba‘i yang membentuk idea sosialisme Islam. Kajian ini juga akan menganalisis perbandingan pemikiran sosialisme Islam dengan konsep kemasyarakatan Islam. Pengumpulan data dijalankan dengan mengumpul karya Mustafa al-Siba‘i yang berkaitan sistem kemasyarakatan dan idea sosialisme beliau. Manakala, data akan dianalisis menggunakan kaedah analisis persejarahan dan analisis kandungan terhadap karya beliau. Hasil kajian menunjukkan bahawa Mustafa al-Siba‘i merupakan seorang sarjana Islam yang komited dalam bidang sosial dan kemasyarakatan. Beliau memperkenalkan idea sosialisme Islam untuk mengimbangi keadilan sosial yang meliputi hak-hak individu dan masyarakat. Idea sosialime Islam beliau juga tidak bertentangan dengan dasar dan prinsip ajaran Islam.

Item Type: Article
Keyword: Mustafa al-Siba‘i; Pemikiran Islam; Sosialisme Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc.
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP160-165 General works on Islam
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 17 Mar 2025 11:04
Last Modified: 17 Mar 2025 11:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43207

Actions (login required)

View Item View Item