Chan, Choy Hong (2009) Keberkesanan pengajaran sekolah pengendalian makanan di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000618.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian telah dijalankan untuk meninjau keberkesanan pengajaran pengendali makanan di Bandaraya Kota Kinabalu serta mengkaji amalan pengendali setelah menghadiri kursus. Tinjauan ini telah dilakukan secara temubual terhadap 150 orang di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu yang telah mengikuti kursus pengendalian makanan serta 150 orang yang belum mengikuti kursus pengendali makanan sebagai kawalan. Pengendali makanan dipilih secara rawak dan disoalselidikkan dengan menggunakan soalan yang berstruktur. Tinjauan juga meliputi kesesuaian modul kerja yang diberikan pada kursus latihan pengendalian makanan. Sebanyak 13 orang pengajar latihan pengendali makanan telah disoalselidikkan. Masih terdapat 14 % pengendali makanan yang belum diimunisasi dengan rawatan anti-tifoid. Sebanyak 51 % pengendali tidak pernah menerima pendidikan yang formal. Purata pendapatan sebulan pengendali adalah antara RM 401-RM 500. Didapati 44.7 % pengendali adalah Bumiputera Sabah. Sebanyak 56.1% pengendali yang belum menghadiri kursus berkerja di gerai makanan manakala 41.3 % pengendali yang terlatih berkerja di restoran. Didapati majoriti pengajar menggunakan slide (100%) dan poster (53.8 %) sebagai bahan pengajar di kelas. Kebanyakan tenaga pengajar memberikan informasi terkini (100%), ujian percubaan (84.6 %) dan demonstrasi (84.6%) kepada pengendali semasa pengajaran. Kajian ini mendapati wujudnya hubungan yang signifikan (p<0.05) antara pengetahuan dengan program yang diikuti. Secara statistik, wujudnya pemubungan yang kuat (r=0.607, p<0.0l) antara pengetahuan dan amalan. Selain Itu, amalan dengan program pengendali makanan juga wujud perhubungan yang signifikan (p<0.0l). Majoriti pengendali berpuas hati dengan kursus pengendalian makanan dan mencadangkan kursus diteruskan dengan pembaikan perlaksanaannya dari segi tara pengajaran, yuran yang dikenakan serta masa yang diperuntukkan dalam sesi pengajaran.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Food, Food handle, Food handling education, Kota Kinabalu City, Sabah |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 13 Jun 2012 09:48 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 15:59 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4327 |
Actions (login required)
View Item |