Ali Hasan Buglayan and Sulaiman Haji Tahajudin and Jasman Bandar (2024) The changes on organizational structure and management accounting systems and practice in royal Malaysia after the implementation of MCBA 2024.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (147kB) | Request a copy |
Abstract
Setiap polisi yang wujud memberikan kesan perubahan terhadap perakaunan pengurusan dalam sesebuah agensi. Hal demikian, dipengaruhi langsung daripada perubahan sistem organisasi yang berlaku. Kewujudan MCBA memberikan pengaruh yang besar terhadap perubahan organisasi dalam jabatan kastam, idea dan penerapan sistem baharu ini telah menggantikan sistem kepimpinan dan pengurusan yang lama kepada sistem baharu. Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji Kesan MCBA terhadap perakaunan pengurusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah (JKDMS). Dalam upaya memastikan pelaksanaan kajian ini, penggunaan rekabentuk kajian kualitatif dengan mengaplikasidua kaedah dalam kutipan data iaitu temu bual, dan pemerhatian untuk mendapatkan data secara sistematik daripada lapangan. Dalam kajian ini menembual 5 orang ketua jabatan dan anggota pelaksana dalam beberapa lokasi JKDMS di Sabah iaitu daripada daerah dan juga pusat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan terhadap perakaunan pengurusan dalam JKDMS iaitu terdiri daripada faktor perubahan struktur organisasi, kaedah kutipan cukai, penyelarasan budaya kerja iaitu menerusi penetapan KPI berubah secara drastik dan lebih progresif ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Menerusi kajian ini, didapati di tahun 2024 ini hasil kutipan daripada JKDMS mengalami peningkatan dan usaha pihak Kastam dioptimumkan dalam menyahut cabaran untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian secara holistik. Hal demikian berlaku kerana, kewujudan E secara praktikal dapat mengatasi masalah ketirisan kewangan, pelarian cukai, kegagalan pematuhan pembayaran cukai dan pembayaran. Maka dengan itu, hasil kutipan JKDMS pada setiap masa akan mengalami peningkatan secara konsisten implikasi daripada perubahan ini telah menyebabkan perubahan terhadap perakaunan pengurusan JDKMS secara signifikan. Dalam aspek teoritikal, hasil kajian ini dapat menjadi korpus ilmu pengetahuan baharu yang memberikan pengetahuan terhadap perkembangan aktiviti perkastaman di Sabah dan Malaysia.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | MCBA, Organisasi, Perakaunan Pengurusan, JKDMS, Sabah |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography H Social Sciences > HG Finance > HG1-9999 Finance |
Department: | FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 24 Mar 2025 16:26 |
Last Modified: | 24 Mar 2025 16:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43309 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |