Punca dan kesan perkahwinan bawah umur terhadap sosioekonomi isi rumah di kampung kesuapan, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Atira Anissa Rosli and Jalihah Md Shah (2024) Punca dan kesan perkahwinan bawah umur terhadap sosioekonomi isi rumah di kampung kesuapan, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 10 (1). pp. 19-35. ISSN 2462-2095

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (277kB) | Request a copy

Abstract

Perkahwinan bawah umur merupakan masalah global. Isu ini dianggap sebagai satu bentuk pencabulan terhadap hak asasi kanak-kanak dan lazimnya melibatkan kanak-kanak perempuan. Untuk itu, kajian ini berfokuskan kepada punca dan kesan perkahwinan bawah umur terhadap sosioekonomi isi rumah di Kampung Kesuapan, Pulau Gaya. Data kajian kualitatif ini dikutip menggunakan kaedah temu bual secara mendalam dan kajian perpustakaan yang kemudiannya dianalisis secara tematik. Seramai sembilan orang informan yang terdiri daripada wanita yang berkahwin bawah umur, ibu bapa, wakil masyarakat setempat, pemimpin komuniti dan pegawai NGO telah ditemu bual. Kajian ini mendapati lima faktor utama yang memicu perkahwinan bawah umur terus berlaku dalam masyarakat yang dikaji iaitu faktor ekonomi, budaya, perlindungan dan keselamatan, akses pendidikan serta kehendak sendiri. Perkahwinan bawah umur mempunyai implikasi ke atas sosioekonomi isi rumah yang berbentuk negatif dan positif. Secara negatifnya, amalan ini menyebabkan perkembangan pendidikan kanak-kanak terjejas, tidak dapat bersaing dalam bidang pekerjaan dan kurang kemahiran mengurus emosi dan keluarga. Sebaliknya, kesan positif pula adalah membina sikap tanggungjawab, mengekalkan kesimbangan adat, nilai dan norma masyarakat serta mengawal gejala sosial.

Item Type: Article
Keyword: Perkahwinan Bawah Umur, Kanak-Kanak, Syariah, Budaya, Emosi
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Mar 2025 10:01
Last Modified: 25 Mar 2025 10:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43312

Actions (login required)

View Item View Item