Transformasi sistem pengangkutan di Borneo Utara, 1881-1963 : penelitian terhadap aspek ekonomi komersial

Firdaus Kiroh (2018) Transformasi sistem pengangkutan di Borneo Utara, 1881-1963 : penelitian terhadap aspek ekonomi komersial. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (316kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (22MB)

Abstract

Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, British memanifestasikan agenda imperialisme baru mereka di Borneo Utara melalui transformasi sistem pengangkutan yang amat ketara. Kajian ini mengkaji transformasi sistem pengangkutan air, darat dan udara sejak era Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) hingga era Koloni Diraja dan seterusnya menganalisis sejauh mana transformasi ini telah mempengaruhi perkembangan ekonomi komersial di Borneo Utara. Berdasarkan penelitian ke atas sumber primer seperti dokumen, akhbar dan laporan tahunan pentadbiran kolonial, kajian ini mendapati bahawa transformasi sistem pengangkutan berlaku daripada perkembangan sistem pengangkutan air kepada sistem pengangkutan darat dan udara. Jaringan sistem pengangkutan air (sungai dan laut) dan darat (laluan pejalan kaki, keretapi dan jalan raya) mendominasi sepanjang era pentadbiran kolonial Barat, sementara sistem pengangkutan udara hanya muncul semasa era pasca Perang Dunia Kedua. Secara khususnya, kewujudan dan kepelbagaian sistem pengangkutan di Borneo Utara adalah berhubung kait dengan perkembangan ekonomi kapitalis yang memerlukan jaringan pengangkutan standard semasa. Perkembangan industri tembakau membawa kepada pembinaan keretapi, manakala, perkembangan keretapi membawa kepada perkembangan industri getah dan seterusnya pelaksanaan program pembinaan jalan raya secara ekstensif. Di samping itu, perkembangan aktiviti ekonomi komersial membawa kepada perkembangan infrastruktur dan peningkatan jumlah kapal di pelabuhan. Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa transformasi sistem pengangkutan yang berlaku di Borneo Utara sebenarnya bukan sahaja banyak dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi komersial tetapi ia juga telah memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi komersial itu sendiri.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sistem Pengangkutan, Transformasi, Imperialisme, Pembangunan, Borneo Utara
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Mar 2025 15:18
Last Modified: 25 Mar 2025 15:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43337

Actions (login required)

View Item View Item