Jong, Lee Jen (2017) Impak perkembangan pembelajaran pendidikan seni visual di tahap sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (907kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Penyelidikan ini merupakan kajian mengenai pengajaran guru bukan opsyen dan impaknya terhadap perkembangan pembelajaran Pendidikan Seni di sekolah rendah. Kajian ini melibatkan murid tahun enam seramai 186 orang dari 4 buah sekolah rendah di sekitar daerah Sipitang, Sabah. Persoalan kajian ini ialah apa ciri-ciri kognitif murid tahun enam, apa tahap pencapaian persepsi murid tahun enam dan sejauh mana tahap psikomotor murid tahun enam melalui analisis hasil lukisan. Hasil karya murid dianalisis dengan menggunakan 4 skor, iaitu 4 (cemerlang), 3 (memuaskan), 2 (baik) dan 1 (lemah). Hasil lukisan murid-murid dinilai berdasarkan kapasiti berikut, iaitu kemahiran melukis, kemahiran membuat tanggapan dan kemahiran berfikir berdasarkan model Dyson (1986:390). Latar belakang murid sama ada mereka dari sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) atau sekolah kebangsaan (SK) diambil kira untuk memastikan ketepatan analisis kajian. Objek buku dijadikan sebagai objek rangsangan bagi menguji kepekaan murid-murid terhadap ruang persekitaran yang paling dekat dengan mereka seperti, di rumah, di sekolah, di perpustakaan dan tempat-tempat awam di mana buku sering mereka jumpai. Objek ini boleh merangsang pengetahuan sedia ada murid-murid kerana dengan menyediakan objek ini murid-murid sudah tentunya secara langsung akan membuat pelbagai tafsiran mengikut tahap pemikiran masing-masing kerana pengalaman deria memainkan peranan dalam membentuk konsep yang akhirnya dilahirkan menjadi lakaran visual. Dapatan kajian menunjukkan murid umur 12 di Sipitang masih belum menguasai kemahiran dan kreativiti yang lebih tinggi. Mereka masih lemah dari segi psikomotor, kognitif dan afektif dalam bidang seni. Kebanyakan responden dari keempat-empat sekolah tersebut skor 2 (baik) dan 1(lemah).
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Ruang, Kemahiran melukis, Kemahiran Membuat tanggapan, Kemahiran berfikir |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts > N1-(9211) Visual arts > N81-390 Study and teaching. Research |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 26 Mar 2025 09:17 |
Last Modified: | 26 Mar 2025 09:17 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43346 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |