Sektor pertanian padi di Borneo Utara semasa era British North Borneo chartered company: 1881-1941

Shafarini Shafinah Sifatu (2014) Sektor pertanian padi di Borneo Utara semasa era British North Borneo chartered company: 1881-1941. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (237kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang usaha yang dilakukan oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC) dalam meningkatkan sektor pertanian padi di Borneo Utara dengan memfokuskan kepada dasar yang telah dilaksanakan, perkembangan produktiviti padi, dan isu yang dihadapi. Menerusi dapatan kajian, didapati bahawa dasar yang dilaksanakan oleh BNBCC ke atas sektor pertanian padi adalah untuk menggalakkan penduduk Borneo Utara mengusahakan tanaman padi dan meningkatkan hasil pengeluaran padi. Matlamatnya adalah untuk menampung keperluan sumber makanan penduduk tanpa perlu bergantung pada sumber bekalan beras import. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, BNBCC telah mengarahkan Jabatan Pertanian untuk memainkan peranan, menggalakkan penglibatan peribumi dan imigran Cina dalam sektor pertanian padi, mewujudkan Agricultural Pest Ordinance 1917, melaksanakan duti beras import dan cukai ladang, membina sistem pengairan, serta mengehadkan pengrekrutan buruh peribumi. Walaupun begitu, usaha yang dilaksanakan gagal mencapai matlamat BNBCC. Hal ini sedemikian disebabkan produktiviti padi yang dihasilkan masih tidak mencukupi untuk menampung bekalan makanan penduduk secara menyeluruh. Akibat daripada kegagalan ini, isu kekurangan beras tetap berlaku. Oleh itu, langkah yang dilaksanakan oleh BNBCC bagi meningkatkan perkembangan sektor pertanian padi di Borneo Utara tidak berjaya sepenuhnya. Dalam menghasilkan kajian ini, analisis fakta yang digunakan adalah mengikut pendekatan disiplin sejarah dengan merujuk kepada sumber primer dan sumber sekunder yang diperolehi melalui kajian perpustakaan dan kajian arkib.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: British North Borneo Chartered Company, Sektor pertanian padi, Pertanian Borneo Utara, Dasar pertanian padi, Produktiviti padi, Agricultural Pest Ordinance 1917
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S419-482 History
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Apr 2025 11:36
Last Modified: 07 Apr 2025 12:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43362

Actions (login required)

View Item View Item