Marilyn Johnny (2014) Pentadbiran tanah peribumi semasa British North Borneo chartered company di Borneo Utara: 1881-1941. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (402kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Penulisan ini bertujuan membincangkan tentang pelaksanaan pentadbiran tanah peribumi oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC) di Borneo Utara dari tahun 1881 hingga 1941. Sejak abad ke-16 iaitu semasa pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu, wujud sistem pemilikan tanah secara tradisional iaitu berasaskan ketuanan semata-mata. Namun, sistem ini telah mengalami perubahan setelah BNBCC mengambil alih tampuk pemerintahan di Borneo Utara. BNBCC telah melaksanakan beberapa dasar dan peraturan tanah bagi mengoptimumkan penggunaan sumber tanah untuk menjana keuntungan. Perubahan ini menjelaskan bahawa tanah merupakan aset penting yang mempunyai nilai dan bersifat komersial. Dasar terbuka BNBCC telah memberi peluang kepada para pelabur asing untuk mendaftar dan memiliki tanah peribumi untuk tujuan pertanian komersial. Implikasi perlaksanaan dasar tanah ini telah mencetuskan penentangan daripada masyarakat peribumi yang memperjuangkan hak pemilikan tanah mereka yang semakin terhakis. Tuntasnya, pentadbiran tanah oleh BNBCC telah membawa perubahan kepada pemilikan tanah yang lebih kompleks yang mengakibatkan kebajikan peribumi terabai walaupun terdapat usaha yang dilakukan untuk melindungi hak pemilikan peribumi. Melalui pendekatan kualitatif, kajian ini adalah berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder. Sumber primer diperolehi di Arkib Negeri Sabah seperti Colonial Office, Annual Report, fail Land Office dan akhbar British North Borneo Herald. Manakala sumber sekunder seperti buku dan artikel diperoleh daripada perpustakaan. Kajian ini akan dapat mengetahui corak dan sistem pentadbiran tanah BNBCC terhadap pemilikan tanah oleh peribumi di Borneo Utara.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | British North Borneo Chartered Company, Pentadbiran tanah peribumi, Borneo Utara, Pemilikan tanah tradisional, Sistem pemilikan tanah |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Apr 2025 11:37 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 11:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43363 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |