Ewee, Kar Teck and Ang, Kean Hua (2024) Pembangunan pelancongan di Taman Negara Loagan Bunut, Sarawak: satu kajian. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 10 (1). pp. 80-89. ISSN 2462-2095
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (244kB) | Request a copy |
Abstract
Malaysia merupakan sebuah negara yang popular dengan keindahan alam semula jadi yang dapat menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. Sebagai contoh, Taman Negara Loagan Bunut yang memiliki kepelbagaian flora dan fauna serta kekayaan ekosistem biodiversiti. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti aset utama yang menjadi tarikan pelancong serta impak dari pembangunan pelancong kepada alam sekiar, budaya, sosial dan ekonomi di Taman Negara Loagan Bunut. Metod kajian yang digunakan adalah kuantitatif dengan mengumpul data melalui borang soal selidik pada saiz sampel sebanyak 100 responden. Borang ini hanya diedarkan kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian dan menggunakan kaedah persampelan mudah sahaja. Skala Likert diapplikasian dalam borang soal selidik dan analisis pula menggunakan kaedah desktiptif sahaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor tarikan ke Taman Negara Loagan Bunut adalah terdiri daripada keunikan tasik semula jadi, kepelbagaian adat dan budaya tradisional serta kepelbagaian biologi dan ekosistem akuatik, keindahan landskap dan panorama hijau, dan kemudahan asas yang lengkap disediakan. Selain itu, majoriti responden bersetuju bahawa pembangunan pelancongan di Taman Negara Loagan Bunut bukan sahaja memberi impak kepada alam sekitar, sosial budaya dan pendidikan, malah sedikit sebanyak memberi kesan secara positif kepada ekonomi dan politik di kawasan kajian tersebut. Kesimpulannya, pemantauan dan pengurusan sumber secara berterusan adalah amat diperlukan agar keindahan dan keunikan alam semula jadi di Taman Negara Loagan Bunut dapat dikekalkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Flora dan fauna, Skala Likert, pemantauan dan pengurusan sumber, keindahan, keunikan |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV191.2-200.66 Outdoor life. Outdoor recreation Q Science > QH Natural history > QH1-278.5 Natural history (General) > QH1-(199.5) General Including nature conservation, geographical distribution |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 07 Apr 2025 12:07 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 12:07 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43371 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |