Sumber sejarah sebagai “supportive evidence” dalam pemilikan Malaysia di Gugusan Semarang Peninjau (GSP), Laut China Selatan (LCS)

Amy Azuan Abdullah and Lai yew meng and Maureen De Silva (2024) Sumber sejarah sebagai “supportive evidence” dalam pemilikan Malaysia di Gugusan Semarang Peninjau (GSP), Laut China Selatan (LCS). MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 35 (2). pp. 1-40. ISSN 1511-1989

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (501kB) | Request a copy

Abstract

Malaysia secara rasminya telah menduduki beberapa fitur di Kepulauan Spratly selepas terbitnya Peta Baharu Malaysia 1979 berikutan daripada kedudukan Gugusan Semarang Peninjau (GSP) yang terletak dalam Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) dan sempadan Pelantar Benua Malaysia di Laut China Selatan (LCS). Bersandarkan kepada prinsip ini, beberapa kes pertikaian sebelumnya telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) merujuk kepada pertikaian Pulau Sipadan-Ligitan (2002) dan Pulau Batu Puteh (2008) antara Malaysia, Indonesia dan Singapura. Keabsahan terhadap pemilikan GSP pula lebih dominan melibatkan konflik pertikaian di antara Malaysia, Vietnam dan China. Ironinya, Malaysia kemungkinan akan bersedia membawa penyelesaian konflik ini ke ICJ dalam masa terdekat atau beberapa dekad kemudian. Menyedari hakikat ini, kajian dalam makalah ini cuba menelusuri wacana sumber sejarah sebagai “supportive evidence” dalam pendudukan Malaysia di GSP, LCS melalui kaedah kepustakaan. Kaedah ini berteraskan disiplin sejarah dan analisa perdebatan mengenai sumber sejarah dalam perundangan antarabangsa berdasarkan hujah-hujah perspektif perundangan. Antara sumber primer yang digunakan adalah melalui laporan kes mahkamah ICJ, rekod Arkib Kebangsaan United Kingdom seperti Public Record Office (PRO) dan beberapa dokumen yang diperolehi dari Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Arkib Negeri Sabah (ANS) serta beberapa sumber sekunder dalam bentuk artikel dan buku. Kajian mendapati bahawa, meskipun Malaysia bakal menggunakan asas International Law dalam pemilikan terhadap GSP, sumber sejarah boleh digunakan sebagai “supportive evidence” bagi mendukung prinsip kedaulatan wilayah terhadap GSP khususnya mengenai aktiviti bertaraf sejarah yang pernah dilakukan oleh British serta sebagai mekanisme kesiapsiagaan Malaysia menjawab persoalan atau asas sejarah kolonial yang bakal digunakan oleh negara penuntut yang lain.

Item Type: Article
Keyword: Sumber sejarah, perundangan antarabangsa, pemilikan Malaysia, Gugusan Semarang Peninjau (GSP), Laut China Selatan (LCS).
Subjects: J Political Science > JZ International relations > JZ5-6530 International relations > JZ6360-6377 Non-military coercion
K Law > KP Asia and Eurasia, Africa, Pacific Area, and Antarctica Asia > KPG1-6999 Malaysia > KPH1-4990 States of East and West Malaysia (1957- ) (Part 2)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 07 Apr 2025 12:10
Last Modified: 07 Apr 2025 12:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43374

Actions (login required)

View Item View Item