Camelia Anak Martin and Jurry Foo (2024) Kebergantungan masyarakat Iban Nanga Nalau terhadap sumber hutan di Kanowit, Sarawak. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 10 (1). pp. 36-47. ISSN 2462-2095
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (197kB) | Request a copy |
Abstract
Hutan merupakan ekosistem yang paling banyak menyediakan sumber kepada kehidupan manusia. Sejak zaman dahulu lagi, interaksi manusia dan hutan membentuk satu kebergantungan terhadap sumber hutan bagi kelangsungan hidup. Di Sarawak, masyarakat Iban merupakan salah satu kaum yang masih menuai hasil dan menggunakan sumber hutan dalam kehidupan seharian seperti sumber makanan, sumber ubatan tradisional dan sumber kraftangan. Kajian dijalankan untuk mengenal pasti kebergantungan masyarakat Iban Nanga Nalau terhadap sumber hutan dan penglibatan komuniti dalam pengurusan sumber hutan di Kanowit Sarawak. Dalam kertas kerja ini, kebergantungan masyarakat Iban terhadap sumber hutan adalah melibatkan ekonomi, sokongan untuk penggunaan dan pengurangan kemiskinan. Daripada hasil kajian yang telah dijalankan, seramai 20 orang informan telah terlibat dengan temu bual dimana semuanya terlibat dalam kebergantungan terhadap sumber hutan. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif. Sumber primer dan sumber sekunder telah digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul melalui kepustakaan, temu bual secara mendalam dan pemerhatian turut serta bersama masyarakat Iban Nanga Nalau. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebergantungan masyarakat Iban terhadap sumber hutan masih relevan kerana masyarakat Iban masih bergantung kepada sumber hutan untuk memenuhi keperluan seharian. Oleh itu, masyarakat Iban Nanga Nalau memainkan peranan penting dalam menjaga kelestarian sumber hutan supaya tidak mengalami sebarang kerosakan atau kepupusan sumber dan generasi akan datang dapat memanfaatkan sumber hutan dengan sebaik mungkin dalam kehidupan seharian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Kebergantungan, Sumber hutan, Masyarakat Iban, Kelestarian, Kanowit, Sarawak |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) Q Science > QH Natural history > QH1-278.5 Natural history (General) > QH1-(199.5) General Including nature conservation, geographical distribution |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 07 Apr 2025 12:10 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 12:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43375 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |