Then, Pooi Wei (2009) Keberkesanan logo halal dan pengiktirafan badan agama pada makanan dalam peningkatan kebarangkalian pembeli di sekitar bandar Kota Kinabalu membeli produk tersebut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000626.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Penyelidikan bertujuan mengkaji samaada logo halal dan pengiktirafan badan agama dapat meningkat kebarangkalian produk makanan dibeli. Fokus kajian ini termasuk perbezaan antara tahap pengetahuan Muslim dan bukan Muslim, perbezaan antara kesedaran responden terhadap pengiktirafan badan agama dengan demografi responden, hubungan antara persepsi terhadap logo halal dan kecenderungan terhadap produk makanan berlogo halal dan persepsi pembeli terhadap pensijilan halal berbanding ISO 9000 dan HACCP. Seramai 400 pembeli di 4 kompleks membeli-belah di sekitar bandar Kota Kinabalu (KK) terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik terdiri daripada 4 bahagian iaitu demografi responden, tahap pengetahuan terhadap logo halal, kesedaran terhadap pengiktirafan badan agama dan persepsi pembeli terhadap logo halal. Datadata dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12 dan melibatkan analisis frekuensi, ujian Mann-Whitney U, Kruska/-Wa//is, Spearman's rho serta Chi Square. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor tahap pengetahuan (p=0.006;Z=-2.759) dan kesedaran (p=0.03; Z=-2.167) Muslim dan bukan Muslim di mana tahap pengetahuan dan kesedaran Muslim adalah lebih tinggi berbanding bukan Muslim. Secara keseluruhan, skor tahap pengetahuan 120 Muslim (49.8%) dan 92 bukan Muslim (54.5%) tergolong pada tahap sederhana (7 hingga 9 daripada 15 markah). 81% pembeli (n=400) mempunyai persepsi baik bahawa logo halal dapat menjamin keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan. Hubungan signifikan antara persepsi dan pengaruh logo halal semasa pemilihan produk makanan (rs =0.522) adalah lebih kuat berbanding antara persepsi dan pembelian sebulan produk makanan mempunyai logo halal (rs =0.287) pad a p<0.001. Di antara pembeli yang mengetahui ISO 9000 (n=214) dan HACCP (n=108), ujian Chi Square menunjukkan signifikasi (p<0.00l) majoriti bersetuju bahawa pensijilan halal dapat menjamin kualiti dan keselamatan makanan seperti ISO 9000 (60.3%) dan HACCP (63%). Kesimpulannya, logo halal dan pengiktirafan badan agama dapat meningkatkan kebarangkalian pembeli bandar KK membeli produk tersebut dan bukan hanya berdasarkan permintaan dari sudut agama sahaja.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Halal logo, Food products, Knowledge level, Kota Kinabalu Town, Sabah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP160-165 General works on Islam |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 13 Jun 2012 10:53 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 12:06 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4338 |
Actions (login required)
View Item |