Salbiah Buajan (2018) Sejarah skim penempatan di Semporna, Sabah (1969-2012). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Skim penempatan yang diwujudkan di Semporna, Sabah merupakan salah satu langkah kerajaan dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat di luar bandar khususnya kawasan kepulauan. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui perkembangan skim penempatan Pegagau, Lihak-Lihak dan SISS (Scheme Island Semporna Settlement). Selain itu objektif lain ialah memahami corak pengurusan SLDB (Sabah Land Development Board) sebagai agensi utama di ketiga-tiga skim. Bagi menjalankan kajian ini pelbagai kaedah telah digunakan seperti rujukan sumber primer seperti Laporan Arkib Negeri Sabah, laporan agensi kerajaan dan akhbar. Bagi sumber sekunder pula, buku, majalah, jurnal dan juga laman sesawang. Manakala kaedah terakhir yang digunakan ialah temubual yang dilakukan dengan individu daripada agensi kerajaan, badan swasta dan juga penduduk setempat terutamanya peneroka. Berdasarkan sumber primer, sekunder dan temubual didapati kemunculan skim penempatan dipengaruhi oleh matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan masyarakat diluar bandar termasuklah mengurangkan kadar kemiskinan, memberikan kemudahan insfrastruktur dan juga menstrukturkan semula masyarakat ke tanah rancangan baru. Selain itu, kajian juga mendapati, pengurusan SLDB di ketiga-tiga tanah rancangan tidak konsisten kerana banyak dipengaruhi oleh kerajaan negeri Sabah, SLDB dan juga peneroka. Pada tahun 1969 sehingga tahun 1975, era terpimpin telah dilaksanakan namun berubah kepada Peneroka Berdikari Sendiri pada tahun 1976. Perubahan ini banyak dipengaruhi oleh SLDB yang menginginkan peneroka mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada agensi tersebut. Pada tahun 2002 pengurusan sekali lagi berubah kepada Sewa Pajak bagi meningkatkan lagi tanaman komersial di ketiga-tiga skim penempatan. Kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut telah mempengaruhi sosioekonomi peneroka terutamanya dalam aspek pendapatan, pekerjaan dan peluang perniagaan. Berdasarkan hasil kajian, penulisan ini penting dalam memahami perkembangan penduduk dalam skim penempatan dan juga corak pengurusan SLDB sebagai agensi pembangunan masyarakat luar bandar umumnya.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Skim penempatan, Era terpimpin, Peneroka berdikari sendiri, Sewa pajak dan kesan |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD101-1395.5 Land use; Land tenure > HD1361-1395.5 Real estate business |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Apr 2025 12:15 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 12:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43385 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |