Solehatun Naqiyah Abdul Malek (2009) Mengkaji samada aspek Halal merupakan faktor utama dalam penyediaan makanan oleh para pengusaha premis makanan kawasan zon 1 Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000629.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan pengusaha premis yang dikunjungi oleh para pengguna Islam dari segi definlsi, konsep dan isu-isu yang berkaitan dengan halal, cara penyediaan makanan kepada para pengguna Islam dan pengusahaan premis, serta sikap ketika menyediakan makanan halal kepada para pengguna Islam. Pengedaran borang kaji selidik dilakukan ke atas 393 responden (n;lelaki=190, perempuan;=203) terdiri daripada pengusaha iaitu pemilik dan pekerja premis makanan (restoran dan medan selera). Borang kaji selidik terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian A; demografik, bahagian B; kefahaman, bahagian C; penyediaan makanan, bahagian Di perlabelan dan pengiktirafan halal, dan bahagian D; etika dan akhlak. Data analisa menggunakan ujian frekuensi, khi kuasa dua, dan korelasi. Data demografik menunjukkan 90.8% terdiri daripada penganut Islam manakala 9.2% adalah bukan Islam. Terdapat hubungan signifikan antara agama dan tahap kefahaman pekerja premis (p=O.OO), agama dan pembelian produk pekerja premis (p=0.027) serta agama dan penyediaan makanan pemilik premls (p=O.008). manakala tiada hubungan yang signifikan antara agama dan cara penyediaan pekerja premls (p=0.522), agama dan tahap kefahaman pemilik premis (p=0.192), serta agama dan pembelian produk pemilik premis (p=0.645). Majoriti pengusaha premis mancatatkan peratusan yang tinggi pada bahagian etika dan akhlak dalam menyediakan makanan kepada penguna Islam. Ujian korelasi bagi pekerja menunjukkan korelasi negatif yang lemah antara agama dan tahap pengetahuan dan kefahaman responden (r=-O.307), korelasi positif yang sangat lemah antara tahap pengetahuan dan kefahaman responden dan cara penyediaan makanan oleh responden kepada pengguna Islam (r=O.078), dan korelasi positif yang sangat lemah antara agama dan cara penyediaan makanan oleh responden kepada pengguna Islam (r=O.063). Ujian korelasi bagi pemilik menunjukkan korelasi positif yang sangat lemah antara agama dan tahap pengetahuan atau kefahaman responden(r=O.108), korelasi positif yang sangat lemah antara tahap pengetahuan atau kefahaman responden dengan sikap responden terhadap pembelian pembelian produk yang mempunyal perlabelan logo halal(r= 0.147) dan korelasi positif yang lemah antara agama dan sikap responden terhadap pembelian pembelian produk yang mempunyai perlabelan logo halal (r=0.453). Kesimpulannya, aspek halal dalam penyediaan makanan kepada pengguna Islam di tahap sederhana dan memerlukan pembaikan. Pengusaha perlu mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam menyediakan makanan dan membeli produk yang hanya mempunyai label halal yang disahkan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Halal, Halal food, Halal labeling products |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP160-165 General works on Islam |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 08 Jun 2012 15:45 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 12:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4341 |
Actions (login required)
View Item |