Propagasi orkid Dimorphorchis lowii secara IN VITRO

Birhalawati Bakar (2014) Propagasi orkid Dimorphorchis lowii secara IN VITRO. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Dimorphorchis lowii adalah orkid terancam di Borneo yang hidup secara epifit dan ia dikenali dan penting kerana kecantikan bunga dimorfiknya. Kaedah in vitro boleh digunakan untuk multiplikasi secara besar-besaran dan program pemuliharaan spesies tersebut. Kajian ini dilakukan untuk membangunkan kaedah propagasi biji benih in vitro orkid yang efektif dan dipercayai. Kesan terhadap faktor seperti media asas (KC, MS dan VW), kompleks aditif (air kelapa, homogenat kentang, jus tomato dan ekstrak yis), umur kapsul (100, 150 dan 170 hari selepas pendebungaan), cahaya (24 jam cerah dan gelap), pengawalatur pertumbuhan (NAA, BAP, 2,4-D dan kinetin) dan sumber karbon (sukrosa, fruktosa dan glukosa) ke atas percambahan biji benih, proliferasi protokom serta pertumbuhan dan perkembangan protokom telah dikaji. Eksperimen telah dijalankan untuk tempoh 60 hingga 70 hari dan analisis data dilakukan menggunakan ANOVA, Ujian-T dan Ujian Duncan. Keputusan kajian menunjukkan kadar percambahan biji benih tertinggi dan cepat dicapai menggunakan media asas VW dengan penambahan 10% (w/v) homogenat kentang dan biji benih dari kapsul 150 hari selepas pendebungaan. Sepanjang 20 hari pengkulturan, sebanyak 85% biji benih telah bercambah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa percambahan biji benih dan perkembangan protokom adalah lebih baik di bawah 24 jam cahaya berbanding gelap. Untuk proliferasi protokom, keputusan yang diperolehi menunjukkan KC yang mengandungi kombinasi 1.0 mgL-1 NAA, 1.0 mgL-1 BAP dan 10% (w/v) jus tomato telah memberikan peratus protokom berproliferasi tertinggi (89.17+2.76%), diikuti oleh KC yang mengandungi kombinasi 1.0 mgL-1 NAA dan 0.1 mgL-1 BAP (63.33±1.51%) serta medium KC dengan 1.0 mgL-1 NAA dan 1.0 mgL-1 BAP (62.50±1.15%). Kehadiran aditif secara individu di dalam media tidak menyokong proliferasi. Dalam kajian selanjutnya, keputusan telah menunjukkan penambahan 15% (w/v) homogenat kentang dalam media KC berserta dengan kehadiran 2% (w/v) sukrosa, telah menunjukkan respon pertumbuhan dan perkembangan protokom yang terbaik. Pada hari ke 70 pengkulturan, sebanyak 26.67±3.21% protokom telah menghasilkan empat (4) daun dan dua (2) akar jika dibandingkan dengan hanya maksimum 15.00±1.82% pada media kultur yang lain. Di antara tiga sumber karbon yang diguna, hasil kajian mendapati 2% (w/v) sukrosa yang paling sesuai untuk percambahan biji benih, proliferasi protokom serta pertumbuhan dan perkembangan protokom.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Dimorphorchis lowii, Orkid terancam, Epifit, Kaedah in vitro, Propagasi biji benih
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB403-450.87 Flowers and flower culture. Ornamental plants > SB409-413 Culture of individual plants
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Apr 2025 10:01
Last Modified: 11 Apr 2025 10:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43453

Actions (login required)

View Item View Item