Narsyatika Adira @ Anty Puddin (2014) Persaingan politik antara USNO dan berjaya, 1976-1985: satu kajian terhadap pempolitikan Islam di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (716kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan membincangkan persaingan politik antara USNO dan BERJAYA (1976-1985), dengan memberikan tumpuan khas terhadap isu dan persoalan pempolitikan Islam, iaitu mengapa dan bagaimanakah Islam dipolitikkan. Untuk memahami latar belakang perkembangan Islam dan politik di Sabah pra-1976, tiga tema penting turut disentuh. Pertama, hubungan politik antara Islam dan Kristian, iaitu dalam bentuk penentangan patriot Muslim tempatan terhadap dasar pemerintahan SBBUB (sebagai mewakili pihak Barat-Kristian). Kedua, kesedaran berpolitik dalam kalangan bumiputera Muslim pada era pemerintahan kolonial British (1946-1963). Ketiga, kelanjutan pertembungan pengaruh serta kepentingan antara Islam (USNO) dengan Kristian (UNKO), khasnya dalam kerangka politik kepartian pascagagasan Malaysia (1961-1975). Tujuan paling asasnya, untuk memperlihatkan Islam mempunyai pengaruh penting dalam perkembangan politik di Sabah sebelum 1976. Seterusnya, dalam konteks persaingan politik berparti pasca-1976, peranan dakwah USIA dan MUIS turut dikupas lantaran kedua-dua badan dakwah ini merupakan proksi politik kepada USNO dan BERJAYA. Oleh itu, medan persaingan politik antara kedua-dua parti politik ini bukan sahaja melibatkan pertembungan secara terbuka dalam gelanggang pilihan raya Dewan Undangan Negeri (1976 dan 1985), malah mencakupi kegiatan dakwah Islam sekali gus menzahirkan bahawa tidak ada pemisahan antara negara (politik) dengan agama (Islam). Persaingan dan pertembungan ini mengakibatkan perpecahan politik sesama bumiputera Muslim. Akibatnya, BERJAYA dan USNO berjaya ditewaskan oleh PBS dalam pilihan raya 1985.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | USNO, BERJAYA, PBS, Islam, Politik, Dakwah Islam, Perpecahan politik |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Apr 2025 11:17 |
Last Modified: | 11 Apr 2025 11:17 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43461 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |