Tema dan gaya seni catan pelukis wanita Sabah

Khairulanwar Edinin (2012) Tema dan gaya seni catan pelukis wanita Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (855kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Seni catan di Sabah bermula melalui pergerakan secara individu sekitar tahun 1940 an dan seterusnya berkembang dengan penubuhan Sabah Art Society pada tahun 1958. Perkembangan seni catan di Sabah pada awalnya turut membabitkan pelukis wanita seperti Tina Rimmer dan Lucille Plunkett yang berjawatan pegawai Inggeris di Jesselton. Penyertaaan kaum wanita dalam bidang seni catan di Sabah menjadi titik tolak kepada kajian ini bagi melihat tahap persepsi warna, tema dan gaya persembahan para pelukis wanita Sabah yang bergiat dalam seni catan. Objektif kajian ini mengkatagorikan tahap 16 orang pelukis wanita Sabah yang terdiri daripada pelukis vateran dan pelukis kontemporari dari segi warna, tema dan gaya persembahan. Mendokumen dan mengenal pasti ciri-ciri karya pelukis wanita Sabah dari aspek formalistik seperti warna, tema dan gaya persembahan. Selain itu, kajian ini turut menganalisis karya pelukis wanita Sabah dari segi tahap dan gaya persembahan. Sebanyak 47 karya seni catan dikaji, dan setiap seorang pelukis melibatkan antara dua hingga empat buah karya. Maklumat awal yang diperolehi melalui kajian literatur kebanyakkannya diperolehi daripada buku, laman web Balai Seni Lukis Negeri Sabah, pameran dan katalog pameran, huraian penulisan terdahulu dan maklumat informan. Hal ini bagi melengkapkan data yang diperolehi. Teori seni yang dikemukakan Monroe C. Beardsley dan Feldman dikembangkan pengkaji untuk melihat tahap warna, tema dan gaya persembahan seni catan pelukis wanita Sabah melalui prinsip kesatuan, kompleksiti, dan intensiti. Hasil kajian mendapati pelukis wanita lebih cenderung menggunakan warna sebagai representasi kepada alam. Manakala paparan tema pula lebih tertumpu kepada tema renungan dengan gaya persembahan realis menggunakan medium seperti akrilik, cat air dan cat minyak. Kehidupan masyarakat Sabah dikelilingi oleh tumbuhan alam yang segar serta budaya masyarakat yang pelbagai menjadikan karya-karya pelukis wanita Sabah lebih ke arah kedaerahan dan budaya. Hal ini menjelaskan karya pelukis wanita Sabah masih di tahap sederhana berdasarkan indikator kajian yang dibuat.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Seni catan, Pelukis wanita Sabah, Warna dan tema, Gaya persembahan, Kedaerahan dan budaya, Realisme
Subjects: N Fine Arts > ND Painting > ND25-3416 Painting > ND25-(48) General
Department: SCHOOL > School of Arts Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Apr 2025 10:53
Last Modified: 15 Apr 2025 10:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43487

Actions (login required)

View Item View Item