Musri Ismenyah (2009) Pengaruh komuniti perkampungan tradisi ke atas kepelbagaian spesies pokok dan struktur dirian hutan bakau di daerah Kudat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (827kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (10MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi melihat pengaruh komuniti yang menetap di sekitar hutan bakau ke atas kepelbagaian spesies pokok dan struktur dirian hutan kawasan tersebut. Terdapat enam plot persampelan bersaiz 0.5 hektar yang dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Tanah besar Kudat dan Pulau Banggi. Plot persampelan juga dibahagikan kepada kawasan yang mempunyai komuniti dan sebaliknya. Borang soal selidik turut diedarkan untuk persampelan komuniti yang terlibat bagi mengetahui aktiviti dan kepentingan kawasan hutan bakau kepada komuniti. Berdasarkan hasil analisis yang dilakukan, terdapat 18 spesies pokok dari 7 famili dapat direkodkan yang didominasi oleh spesies Rhizophora apiculata dengan nilai IVI (Important Value Index) 110.16 diikuti oleh Xylocarpus granatum (IVI=59.81), Rhizhophora mucronata (IVI=48.50) dan lain-lain. Hasil analisis juga menunjukkan taburan diameter pokok juga adalah normal pada graf yang membentuk inverse J-curve. Walau bagaimanapun jumlah pokok yang mempunyai diameter 10cm hingga 33cm bagi kawasan hutan bakau di Tanah Besar Kudat agak rendah berbanding kawasan di Pulau Banggi. Dari aspek kepelbagaian spesies pokok didapati nilai indeks Shannon-wiener’s menunjukkan bahawa secara keseluruhannya semua kawasan hutan berada pada tahap sederhana iaitu antara 1.61 hingga 2.27 dengan nilai indeks kesamarataan kelimpahan spesies yang stabil sehingga 0.95, tanpa menunjukkan sebarang pengaruh yang nyata dari kehadiran komuniti mahupun kedudukan hutan bakau. Bagi struktur dirian hutan bakau, didapati tidak wujud pengaruh yang nyata terhadap kehadiran komuniti ke atas jumlah basal area mahupun isipadu dirian pokok yang mana merekodkan purata sejumlah 33.63 m2 ha-1 dan 366.10 m3 ha-1 bagi kawasan yang mempunyai komuniti manakala 36.62 m2 ha-1 dan 366.10 m3 ha-1 bagi kawasan sebaliknya. Ini disahkan melalui Ujian T-test yang telah dilakukan. Hasil borang soal-selidik juga turut menyokong hipotesis majoriti responden hanya memasuki kawasan hutan bakau apabila perlu dengan tujuan utama untuk mencari sumber hutan bukan kayu seperti bahan makanan sayuran dan ulam-ulaman, ikan, udang, lokan, siput dan sebagainya. Kesimpulannya, hasil kajian mendapati bahawa kewujudan komuniti di sekitar hutan bakau daerah Kudat tidak mempengaruhi keadaan semulajadi kawasan tersebut baik dari aspek kepelbagaian pokok mahupun struktur dirian.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Hutan bakau, Kepelbagaian spesies, Struktur dirian hutan, Komuniti setempat, Kudat, Pulau Banggi |
Subjects: | S Agriculture > SD Forestry > SD1-669.5 Forestry > SD391-410.9 Sylviculture |
Department: | SCHOOL > School of International Tropical Forestry |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 15 Apr 2025 10:55 |
Last Modified: | 15 Apr 2025 10:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43494 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |