Dg Junaidah Awang Jambol (2019) Penyerahan Wilayah Utara Borneo dan kepimpinan masyarakat Melayu Brunei dalam politik pentadbiran di Borneo Utara ( 1846-1941). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (679kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang isu dan fasa penyerahan wilayah di utara Borneo serta peranan kepimpinan masyarakat Melayu Brunei semasa zaman pemerintahan Kesultanan Brunei hingga era pemerintahan BNBC di Borneo Utara. Kajian ini menggunakan sumber Colonial Office (C.O) dan Foreign Office (F.O) sebagai rujukan utama di samping menggunakan sumber sekunder dan lisan untuk menambahkan lagi maklumat tentang topik yang dikaji. Kajian ini menjelaskan tentang perubahan dan cabaran yang dihadapi oleh kepimpinan masyarakat Melayu Brunei untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa mereka di dalam pentadbiran BNBC di Borneo Utara. Sebelum kedatangan pihak BNBC, masyarakat Melayu Brunei merupakan masyarakat yang mendominasi politik pentadbiran di pantai barat Borneo Utara. Namun, kehadiran kuasa BNBC dari tahun 1881 hingga tahun 1941 bukan sahaja bertindak mengambil alih wilayah jajahan Kesultanan Brunei malah secara perlahan-lahan telah mengurangkan pengaruh masyarakat Melayu Brunei di Borneo Utara. Kesannya, kepimpinan masyarakat Melayu Brunei telah mengalami kemerosotan pengaruh dan kuasa ekoran daripada pelaksanaan undang-undang baharu yang menyekat kebebasan masyarakatnya. Pengenalan sistem politik pentadbiran moden menggantikan sistem tradisional telah berlaku dengan agak perlahan disebabkan oleh masalah kewangan. Penubuhan institusi peribumi, Mahkamah Anak Negeri dan pengenalan jawatan baharu iaitu Orang Tua (OT) dan Ketua Anak Negeri (KAN) di setiap daerah petempatan masyarakat peribumi telah memberikan peluang kepada kepimpinan Masyarakat Melayu Brunei untuk terlibat secara minima di dalam pentadbiran BNBC. Walau bagaimanapun, pemantapan institusi peribumi sewaktu era D.J Jardine telah meningkatkan semula keupayaan dan kuasa kepimpinan Melayu Brunei kerana mereka mampu mencapai taraf jawatan tinggi sebagai KAN Gred I dan Gred II, Pengerusi Majlis Penasihat Ketua Anak Negeri (MPKAN), Ketua Daerah dan DADO. Ringkasnya, biarpun bilangan mereka semakin berkurangan diakhir tahun 1941 kerana ketiadaan waris dan calon yang layak namun, kepimpinan masyarakat Melayu Brunei telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada politik pentadbiran BNBC di Borneo Utara.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Borneo Utara, Kesultanan Brunei, British North Borneo Company, Kepimpinan Melayu Brunei, Penyerahan wilayah, Sistem pentadbiran kolonial |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 16 Apr 2025 10:16 |
Last Modified: | 16 Apr 2025 10:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43495 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |