Yong, Pauline Pau Lin (2010) Penyertaan komuniti dalam aktiviti pelancongan dan homestay di Kampung Pukak, Kiulu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (189kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (12MB) |
Abstract
Sektor pelancongan menjadi nadi pembangunan serta tulang belakang kepada ekonomi sesebuah negara, khususnya di Negara Sedang Membangun seperti Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya terdapat pihak-pihak tertentu yang berlumba-lumba untuk membangunkan sektor pelancongan agar dapat menjana kegiatan ekonomi di samping menambat hati para pelancong. Program homestay di Kampung Pukak adalah antara salah satu produk pelancongan yang menjadi tarikan pelancong yang terdapat di Daerah Kecil Kiulu, Tuaran, Sabah. Uniknya program tersebut adalah gabungan dua elemen di antara pelancongan berasaskan komuniti dan pelancongan lasak (sukan). Selain itu, persoalan yang timbul adakah sektor pelancongan ini mampu menjana sektor ekonomi utama seperti kegiatan pertanian di kawasan luar bandar. Adakah komuniti secara keseluruhan menerima kesan positif dari segi sosioekonomi menerusi pelancongan homestay tersebut? Sejauhmanakah projek homestay dapat menarik pelancong dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan peserta dan komuniti. Penyelidikan ini juga membincangkan cabaran dan limitasi yang dihadapi oleh komuniti setempat dalam mencapai faedah pembangunan pelancongan berasaskan komuniti. Untuk menjawab kepada persoalan kajian tersebut, pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Antaranya ialah kaedah temubual, pemerhatian turut serta dan kajian survei. Justera itu pelancongan homestay berteraskan penyertaan komuniti wajar diteruskan agar ia dapat memberikan manfaat serta memperkasakan komuniti setempat.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Pelancongan berasaskan komuniti, Homestay, Kiulu, Tuaran, Sabah Pelancongan luar bandar, Pelancongan lasak, Kesan sosioekonomi |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 16 Apr 2025 10:34 |
Last Modified: | 16 Apr 2025 10:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43500 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |