Keprihatinan pengguna terhadap kebersihan makanan dan kaitannya dengan penggredan kebersihan sesebuah restoran

Hanisah Elias (2009) Keprihatinan pengguna terhadap kebersihan makanan dan kaitannya dengan penggredan kebersihan sesebuah restoran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000631.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini meninjau tahap keprihatinan pengguna dari aspek tahap pengetahuan dan kefahaman mengenai kebersihan makanan serta kaitannya dengan penggredan kebersihan restoran. Objektif kajian ini mengkaji tahap keprihatinan pengguna terhadap kebersihan makanan dan sistem penggredan kebersihan restoran, mengenalpasti faktor dorongan pengguna ke sesebuah restoran, menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keprihatinan pengguna terhadap kebersihan makanan dan sistem penggredan restoran serta untuk mengenalpasti perkaitan antara keprihatinan pengguna terhadap kebersihan makanan dengan penggredan sesebuah restoran. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian. Sampel terdiri daripada 384 orang pelanggan restoran di sekitar kawasan Kota Kinabalu. Data dianalisa dengan menggunakan SPSS versi ke-12. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor min, dan peratusan. Manakala statistik inferensl melibatkan ujian khi kuasa dua dan ujian korelasi pada aras kesignifikanan 0.05. Hasil kajian menunjukkan bahawa, lebih daripada separuh responden mempunyai tahap pengetahuan yang baik dengan memperolehi skor markah antara 10 hingga 11 markah dengan peratusannya sebanyak 79.2% (304 orang). Dorongan utama responden ke restoran adalah makanan yang lazat yang dihidangkan oleh restoran yang mempunyai peratusan sebanyak 43.8% (162 orang) manakala, faktor jarak restoran juga merupakan faktor kedua terpenting yang mendorong responden ke restoran dengan nitai peratusannya 52.1 % (189 orang). Hasil kajian turut menunjukkan faktor demografi seperti jantina, umur, status serta tahap pendidikan responden mempengaruhi tahap pengetahuan dan kefahaman mengenai kebersihan makanan dan penggredan kebersihan restoran. Faktor demografi ini masing-masing memperoleh nitai p= 0.021, 0.026, 0.012 dan 0.002. Terdapat korelasi positif antara tahap pengetahuan dengan pemerhatian penggredan restoran semasa berada di dalam restoran (p= 0.055). Manakala korelasi lemah secara negatif wujud antara tahap pengetahuan terhadap gred restoran sebagai penunjuk kepada kebersihan makanan (p= 0.265). Secara keseluruhannya, responden prihatin terhadap kebersihan makanan serta kaitannya dengan penggredan kebersihan restoran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Cleanliness, Consumer concern, Food sanitation, Awareness cleanliness, Knowledge cleanliness, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX901-946.5 Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 21 Jun 2012 17:40
Last Modified: 23 Oct 2017 12:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4351

Actions (login required)

View Item View Item