Pembangunan produk mochi campuran rumpai laut, eucheuma denticulatum dengan inti kacang tanah

Wong, Sheau Wei (2010) Pembangunan produk mochi campuran rumpai laut, eucheuma denticulatum dengan inti kacang tanah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000634.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan produk rumpai laut Euchema denticulatum agar memperluas penggunaan rumpai laut ini. Rumpai laut ini telah digunakan untuk menghasilkan mochi yang merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung pulut. Mochi rumpai laut ini dihasilkan dengan menggunakan bahan seperti tepung pulut, gula icing, gula caster, halia, air, kacang tanah dan serbuk rumpai laut. Dengan menggunakan kuantiti bahan yang berbeza, sebanyak lapan formulasi baru telah didirikan. Dengan ujian pemeringkat BIB, empat formulasi telah dipilih untuk menjalankan ujlan hedonik. Tahap kesukaan terhadap atribut rasa, warna, tekstur dan penerimaan keseluruhan keempat-empat formulasi tersebut telah diujikan. Formulasi F2 dipilih sebagai formulasi terbaik. Dengan ujian proksimat, kandungan nutrien formulasi F2 didapati berkandungan air 28.60 %, berkandungan abu 1.75%, berkandungan protein 3.40%, berkandungan lemak 1.50 %, berkandungan serabut makanan 1.75% dan berkandungan karbohidrat 63.01%. Kandungan nutrien ini pula dibandingkan dengan satu sampel kawalan dan didapati mochi rumpai laut ini mempunyai kandungan abu, protein dan serabut makanan yang lebih tinggi manakala kandungan karbohidrat yang lebih rendah. Mochi rumpai laut ini juga dibandingkan dengan mochi kawalan dari segi teksturnya dimana mochi rumpai laut ini didapati lebih teguh dan kurang lekit daripada mochi kawalan. Masa penstoran mochi rumpai laut ini adalah selama tiga bulan melalui ujian mutu simpanan. Keputusan ujian pengguna juga menunjukkan ianya adalah boleh diterima oleh golongan ramai dan mempunyai pasaran yang luas dengan memperolehi sambutan daripada golongan pengguna sebanyak 81% dan 79% daripada pengguna telah menunjukkan kesudian mereka untuk membeli mochirumpai laut ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Seaweed, Red seaweed, Mochi, Development Seaweed, Eucheuma Denticulatum
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 Jun 2012 16:51
Last Modified: 23 Oct 2017 12:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4354

Actions (login required)

View Item View Item