Mohd Rizal Ramelin (2013) Hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru-guru sekolah rendah di daerah Penampang dan Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan yang digunakan oleh guru besar dan juga kesannya terhadap tahap kepuasan kerja para guru sekolah rendah bagi daerah Kata Kinabalu dan Penampang. Kajian ini melibatkan 30 buah sekolah rendah yang terpilih dengan bilangan responden yang terdiri daripada para guru sekolah rendah di daerah Kata Kinabalu dan Penampang dengan jumlah responden yang dipilih secara rawak adalah seramai 306 orang guru. Objektif kajian adalah untuk melihat gaya kepimpinan yang digunakan oleh para guru besar yang akan dikenalpasti melalui item-item yang telah diedarkan kepada para guru, kemudiannya gaya kepimpinan ini akan dilihat kesannya terhadap tahap kepuasan kerja para guru sekolah yang terlibat. Metodalogi kajian adalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran set soalselidik yang akan diisi oleh responden terdiri daripada guru-guru sekolah rendah ynag terpilih daripada daerah Kota Kinabalu dan Penampang .. Dapatan kajian ini melalui analisis deskriptif menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang utama yang digunakan oleh para guru besar di beberapa buah sekolah terpilih di daerah Kata Kinabalu dan Penampang ialah gaya struktur (min 4.26, dan sisihan piawai 0.50), diikuti oleh gaya politik (min 4.22, dan sisihan piawai 0.53), dan seterusnya ialah gaya simbolik (min 4.19, dan sisihan piawai 0.48). Gaya kepimpinan yang kurang digunakan yang diperolehi dari hasil kajian ini ialah gaya sumber manusia (min 4.16, dan sisihan piawai 0.52). Oleh itu dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para guru besar lebih gemar mengawal pergerakkan kakitangannya serta mengurus hal ehwal sekolah dengan menggunakan gaya struktur. Dapatan ini turut menunjukkan bahawa guru besar di beberapa buah sekolah terpilih di daerah Kota Kinabalu dan Penampang menggunakan pelbagai gaya kepimpinan unuk menyelesaikan masalah pengurusan dan mempertingkatkan keberkesanan kepimpinan. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru mencapai kepuasan yang tinggi, bukan sahaja dari segi kepuasan dalaman malah kepuasan luaran juga turut tinggi.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Gaya kepimpinan, Kepimpinan guru besar, Kepuasan kerja guru, Gaya struktur, Gaya politik, Gaya simbolik |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 30 Apr 2025 15:15 |
Last Modified: | 30 Apr 2025 15:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43670 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |