Kepatuhan agama ibu-bapa dengan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar di kelas aliran agama

Salmah Hassan (2020) Kepatuhan agama ibu-bapa dengan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar di kelas aliran agama. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (354kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Adalah sia-sia kepada seseorang individu itu mempunyai ilmu yang tinggi jika tidak mempunyai akhlak. Hal ini kerana akhlak menjadikan ilmu yang ada dalam diri seseorang itu bermanfaat dan berguna kepada masyarakat. Akhlak pelajar dapat dibentuk melalui pelbagai cara dan antara yang paling penting adalah peranan Ibu bapa dalam memberikan ilmu serta contoh teladan akhlak yang baik. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan kepatuhan agama ibu-bapa dengan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar KAA di Kota Kinabalu Sabah. Selain itu, kajian ini dapat menentukan perbezaan penghayatan akhlak berdasarkan jantina pelajar dan faktor pendidikan ibu bapa. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan 316 pelajar KAA menerusi teknik pensampelan rawak. Analisis data telah dijalankan menggunakan perisian IBM SPSS versi 25.0. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi membentangkan dapatan kajian. Hasil kajian telah menunjukkan hipotesis nul tidak diterima dan sekali gus membuktikan bahawa kepatuhan agama ibu bapa mempunyai hubungan dengan penghayatan akhlak. Kajian juga menunjukkan kepatuhan agama ibu bapa berada di tahap yang sederhana dan penghayatan akhlak pelajar di tahap yang tinggi. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan penghayatan akhlak berdasarkan jantina pelajar. Walau bagaimanapun, faktor pendidikan ibu bapa memberi kesan yang berbeza kepada penghayatan akhlak. Implikasi kajian bukan sahaja dapat memberikan sumbangan dan kepentingan dalam amalan berkenaan kepatuhan agama dan penghayatan akhlak, malah dapat menjadi bukti perlunya penghayatan akhlak dalam generasi baru yang bersifat rabbani iaitu berlandaskan redha Allah dan mematuhi segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Dengan demikian, kehidupan masyarakat yang aman damai dan harmoni akan wujud bertepatan firman Allah dalam surah Saba’:1`5 “baldatun toiyyibatun wa robbun ghafur” (Negeri yang baik dengan Rabb yang Maha pengampun).

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Penghayatan, Akhlak, Kepatuhan, Agama, KAA
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN50-995 By region or country
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 May 2025 12:46
Last Modified: 16 May 2025 12:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43754

Actions (login required)

View Item View Item