Mohammad Ali Abdullah (2024) Iddah bagi lelaki dari pandangan islam. JURNAL ILMI, 14 (1). pp. 1-19. ISSN 2600-7371
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (413kB) | Request a copy |
Abstract
Iddah merupakan satu masalah hukum yang melibatkan masyarakat dan agama. Logikanya ialah masyarakat itu terbentuk dari beberapa anggota keluarga yang tunjang utamanya ialah suami dan isteri. Sekiranya suami isteri itu hidup dalam keadaan mawaddah dan rahmah, maka masyarakat juga akan menjalani kehidupan harmoni dan sejahtera. Sebaliknya sekiranya berlaku perceraian di antara mereka berdua, kesannya bukan sahaja sebuah keluarga akan menjadi porak-peranda tapi juga masyarakat akan menerima tempias negatif hasil dari perceraian tersebut. Salah satu hukum agama yang melibatkan perceraian tersebut ialah iddah. Maka bertitik tolak dari masalah inilah, objektif utama artikel ini ditulis adalah untuk menerangkan hukum kepada masyarakat samada iddah ini hanya terkhusus kepada pihak perempuan sahaja atau hukumnya juga terguna pakai untuk pihak lelaki. Persoalan ini timbul dikalangan masyarakat dan amat memberatkan mereka apabila kurang memahami teks yang dikeluarkan oleh Bahagian Pentadbiran Syariah (Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, berkaitan dengan Garis Panduan Pengurusan Nikah, Cerai dan Ruju’, Permohonan Kebenaran Berkahwin Pasangan Bagi Negeri/Negara Yang Berlainan, Lampiran Dokumen Yang Berkenaan Sahaja, Surat Kebenaran Berkahwin dari Mahkamah Syariah jika: (I) Pemohon hendak berpoligami atau bagi lelaki yang bercerai dan masih dalam tempoh iddah perceraian (isteri)(1) . Antara metodologi yang digunakan untuk merungkai permasalahan ini ialah Pengkajian dan Pembacaan bagi mengkaji teks yang dikeluarkan oleh Bahagian Pentadbiran Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkaitan dengan "Permohonan Kebenaran Berkahwin Pasangan Bagi Negeri/Negara Yang Berlainan", kemudian maklumat yang telah dikumpul mengenai tajuk ini dikomentar apabila keadaan memerlukan sedemikian, metodologi Analisis bagi menganalisis kesahihan data-data yang diterima dan didapati samada daripada teks atau buku, metodologi Perbandingan diguna pakai untuk tujuan perbandingan pendapat ulama empat mazhab (Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali) mengenai kesepakatan dan perselisihan atau perbezaan pendapat mereka dalam sesuatu hukum agar satu resolusi terbaik dapat disimpulkan dan ditetapkan dan metodologi yang terakhir ialah Pengeluaran Hukum dengan tujuan untuk sampai kepada natijah selepas daripada penelitian dalil aqli dan naqli yang membawa kepada pencapaian sesuatu kesimpulan hukum daripada fakta maklumat yang khusus. Diakhir perbincangan, keputusan hukum yang dapat disimpulkan ialah pihak lelaki selepas bercerai dengan isterinya sebenarnya tidak mempunyai iddah, cuma terdapat beberapa keadaan yang melarangnya untuk berkahwin terus dengan perempuan lain. Sebab tujuan Iddah sebenarnya adalah untuk menjaga kesucian rahim dan keadaan ini tidak terdapat pada golongan lelaki.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Iddah, hukum, agama, perceraian, berkahwin |
Subjects: | K Law > KBP Islamic law > KBP1-4860 Islamic law. Shariah. Fiqh K Law > KBP Islamic law > KBP1-4860 Islamic law. Shariah. Fiqh > KBP490-4860 Furã# al-fiqh. Substantive law. Branches of law > KBP524-638 Aw~l shakh§yah |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 16 May 2025 12:51 |
Last Modified: | 16 May 2025 12:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43762 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |