Perpindahan ibu Kota Jakarta ke Kalimantan: Peranan masyarakat pantai Timur Sabah dalam meminimumkan impak keselamatan nasional

Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan and Ramli Dollah and Sandy nur ikfal raharjo (2024) Perpindahan ibu Kota Jakarta ke Kalimantan: Peranan masyarakat pantai Timur Sabah dalam meminimumkan impak keselamatan nasional. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 51 (4). pp. 1-20. ISSN 012-5644

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (923kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menganalisis impak perpindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan terhadap masyarakat di Pantai Timur Sabah Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua negara telah menandatangani beberapa perjanjian berkaitan dengan kawalan keselamatan sempadan, seperti Perjanjian Asas mengenai Penyeberangan Sempadan 1967; Perjanjian Perdagangan Sempadan Malaysia-Indonesia, 1970; Demarkasi Bersama dan Survei Sempadan Tanah Bersama, 1973, dan Perjanjian Perdagangan Laut Sempadan, 1973, tetapi kes-kes seperti penyeludupan barang, dadah, dan manusia masih tinggi. Disebabkan isu-isu tersebut, pemindahan ibu kota Jakarta ke Kalimantan berpotensi untuk menyebabkan peningkatan penyeludupan, perdagangan manusia, dan pembukaan laluan haram baru yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan kedua-dua negara. Oleh itu, kajian ini mengangkat dua persoalan kajian, iaitu, apakah bentuk isu-isu keselamatan lintas sempadan yang mengancam pemindahan Ibu Kota Nusantara (IKN) di sepanjang sempadan darat dan maritim Malaysia-Indonesia? Dan apakah solusi alternatif untuk menyelesaikan isu-isu keselamatan lintas sempadan di kedua-dua negara? Kajian ini mengaplikasikan konsep Fenomena Kawasan Kelabu (GAP) yang menganalisis isu-isu tidak tradisional yang berlaku dalam era pasca-Perang Dingin. Dalam mendapatkan hasil kajian yang lebih komprehensif, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan temu bual berstruktur. Penemuan kajian menunjukkan bahawa kawalan sempadan melibatkan bukan sahaja kerajaan kedua-dua negara tetapi juga peranan masyarakat. Antaranya ialah memberikan informasi kepada kerajaan dalam aspek penyeludupan dan perlanunan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan sempadan antara kedua-dua negara, dalam usaha untuk mengurangkan risiko ancaman.

Item Type: Article
Keyword: Perpindahan Ibu Kota; Malaysia; Indonesia; Keselamatan Bukan Tradisional; Teori Kelabu
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS611-649 Indonesia (Dutch East Indies) > DS646.3-646.34 Borneo. Kalimantan, Indonesia
K Law > KN Asia and Eurasia, Africa, Pacific Area, and Antarctica Asia South Asia. Southeast Asia. East Asia > KNW1-4990 Indonesia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 16 May 2025 12:57
Last Modified: 16 May 2025 12:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43778

Actions (login required)

View Item View Item