Analisis bibliometrik 30 tahun: Kajian kesihatan mental dalam kalangan wanita di Asia Tenggara

Siti Halisa Binti Mustar and Redzuansha Bin Sailun and Mohammad Ridzuan Bin Abdul Sahid and Amirhan Bin Tamsir and Najah Afina Mohd Harun and Razima Hanim Osman and Mohd Haazik Mohamed (2024) Analisis bibliometrik 30 tahun: Kajian kesihatan mental dalam kalangan wanita di Asia Tenggara. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 8. pp. 1-12. ISSN 2600-7819

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (510kB) | Request a copy

Abstract

Kesihatan mental adalah aspek penting dalam kesejahteraan individu, dan wanita sering menghadapi cabaran unik dalam bidang ini. Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki status kesihatan mental wanita di Asia Tenggara, dengan menumpukan kepada prevalens, faktor risiko, dan akses kepada rawatan. Metodologi kajian merangkumi analisis literatur dari pelbagai sumber termasuk jurnal akademik, laporan kesihatan awam, dan kajian lapangan di beberapa negara utama di rantau ini seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prevalens gangguan kesihatan mental dalam kalangan wanita di Asia Tenggara adalah tinggi, dengan masalah seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD) menjadi yang paling umum. Faktor risiko yang dikenal pasti termasuk tekanan sosial, ekonomi, dan budaya, di samping faktor biologi dan genetik. Wanita di kawasan ini juga sering berdepan dengan stigma yang menghalang mereka daripada mencari bantuan dan rawatan yang diperlukan. Kajian ini menggunakan data yang diperolehi daripada pangkalan data scopus dengan menggunakan kaedah bibliometrik untuk menerangkan corak penerbitan berkenaan dengan kesihatan mental dalam kalangan wanita di Asia Tenggara dari tahun 1974 hingga 2024. Secara keseluruhannya, sebanyak 325 dokumen berkaitan dengan topik yang didapati berdasarkan penggunaan scopus. Amerika Syarikat mencatatkan pengeluaran dokumen yang tertinggi iaitu sebanyak 83 dokumen. Keyword: Kesihatan mental, wanita, Asia Tenggara, scopus, kaedah bibliometrik

Item Type: Article
Keyword: Kesihatan mental, wanita, Asia Tenggara, VosView, analisis bibliometrik
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV640-645 Refugee problems
R Medicine > RC Internal medicine > RC31-1245 Internal medicine > RC321-571 Neurosciences. Biological psychiatry. Neuropsychiatry > RC346-429 Neurology. Diseases of the nervous system Including speech disorders > RC435-571 Psychiatry > RC475-489 Therapeutics. Psychotherapy
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Social Work
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 16 May 2025 12:59
Last Modified: 16 May 2025 12:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43783

Actions (login required)

View Item View Item