Sabran Kibong (2018) Bosoon dalam masyarakat Bajau di daerah Tuaran, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (614kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Etnik Bajau yang menempati Bahagian Pantai Barat Sabah khususnya di daerah Tuaran terkenal dengan gelaran ‘Jomo Sama’. Mereka memiliki bosoon atau mantera yang diwarisi dari generasi ke generasi. Kajian ini bersifat kajian lapangan yang dilakukan di tiga lokasi kampung yang terdapat dalam daerah Tuaran. Pertama, Kampung Sungai Damit, Kampung Soang Kerumahan, Mengkabong dan Kampung Tembilok, Mengkabong. Kawasan tersebut didiami oleh majoriti masyarakat Bajau. Mereka mengamalkan bosoon dalam kehidupan harian mereka. Seramai 16 orang responden telah ditemubual secara individu dan berkumpulan. Mereka terdiri daripada golongan pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai (tabit) dan golongan tua Bajau. Kajian bertujuan untuk mengenalpasti bentuk bosoon mengikut jenis dan fungsinya. Kajian ini turut melihat kaedah pelaksanaan perubatan dan melihat hubungkait bosoon dengan cara hidup orang Bajau. Sebanyak 54 jenis bosoon yang didokumentasikan dan dikategorikan mengikut kelompok tertentu. Pengkategorian bosoon terdiri daripada perbidanan, perubatan, amalan harian dan pugai. Sejajar dengan itu, kerangka teori SPB4K dengan mengambil kira ciri konsep kebitaraan telah digunakan untuk menganalisis bosoon dalam aspek bentuk, fungsi dan hubungan bosoon dengan orang Bajau. Akhirnya, kajian terhadap bosoon menunjukkan bahawa masyarakat Bajau memiliki kearifan tempatan tersendiri sehingga terhasilnya bosoon yang dapat dikaitkan dengan pemikiran mereka berkenaan asal mula kejadian manusia dari empat unsur alam (air, api, angin dan tanah). Setiap unsur tersebut berkait rapat dengan alam kelahiran sehingga ke alam kematian. Justeru, kesemua unsur alam tersebut disandarkan dengan keyakinan mereka terhadap kewujudan Tuhan. Justeru, pendokumentasian ini penting sebagai langkah melestarikan kearifan lokal tempatan. Selain itu, dapat menyediakan suatu korpus ilmu untuk tatapan semua lapisan masyarakat.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Etnik Bajau, Bosoon, Mantera tradisional, Kearifan tempatan, Perubatan tradisional, Tabit |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore > GR1-950 Folklore |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 16 May 2025 13:10 |
Last Modified: | 16 May 2025 13:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43791 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |