Sofia Johari (2007) Growth and nutritional condition of sea cucumber (Holothuria scabra) in culture systems. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) |
Abstract
Penghasilan benih timun laut (Holothuria scabra) dalam kaptiviti untuk tujuan akuakultur dan penambahan stok menjadi semakin penting bagi menangani masalah kekurangan stok liar akibat eksploitasi berlebihan. Walaubagaimanapun, kemandirian dan tumbesaran benih dalam kaptiviti adalah tidak konsisten. Kajian-kajian dalam tesis ini dilakukan bagi menyeragamkan sistem kultur untuk memastikan keadaan kultur yang sesuai, tumbesaran lebih cepat dan peningkatan kemandirian bagi benih sebelum aktiviti pembesaran dilakukan secara besar-besaran. Salah satu isu yang ditangani dalam tesis ini adalah kesukaran penentuan biomass yang berpunca daripada kebolehan spesis ini mengubah bentuk badan dan menyimpan serta mengeluarkan sejumlah air dari ruang 'coelomic' semasa pengukuran spesimen hidup. Faktor-faktor panting mempengaruhi kemandirian dan tumbesaran H. Scabra dalam kaptiviti seperti gizi, pertukaran air dan kepadatan stok ditentukan dengan merekabentuk dan menguji kaedah kultur eksperimental yang berlainan. Faktor utama mempengaruhi tumbesaran dalam kaptiviti yang diuji adalah keperluan gizi buatan menggunakan sumber murah dan mudah didapati seperti rumpai taut ( Sargassum sp. and Eucheuma sp.) dan nutrien tambahan. Kemungkinan mengurangkan kos serta menambah kecekapan pengeluaran melalui kultur bersama udang (Penaeus monodon) dengan kombinasi gizi dan kepadatan stok yang berlainan, serta sangkar taut juga diuji. Kecekapan rumpai taut (Eucheuma sp.) sebagai 'biofilter' dalam sistem tertutup juga diambil kira. Kebolehyakinan penganggaran biomass menggunakan ukuran linear didapatkan berdasarkan korelasi yang tinggi dan konsisten antara panjang-berat tanpa air (R2=0.9612) dan panjangberat kering (R2=0.9578), yang mana amat berguna bagi kajian spesimen hidup populasi liar atau dalam kaptiviti. Ujikaji dalam kaptiviti menggunakan rumpai laut dalam gizi, menunjukkan kadar kemandirian dan tumbesaran yang baik. Walaupun, gizi Eucheuma sp. dengan pemangkin kalsium-fosfat memberikan kadar tumbesaran paling tinggi (10.469 mg/hari), gizi mengandungi Sargassum sp. sahaja memberikan kadar tumbesaran yang hampir setanding (p > 0.05), yang mana menjadikan Sargassum sp. pilihan yang lebih baik dan murah. Kebaikan Sargassum sp. dalam diet dibuktikan lebih lanjut dengan keputusan ujikaji kultur bersama dimana kemandirian udang didapati lebih tinggi dalam rawatan menggunakan rumpai laut ini sebagai makanan berbanding dengan gizi berasaskan haiwan (pellet udang dan pumpun) kemungkinan akibat peningkatan immuniti disebabkan peningkatan aktiviti 'prophenoloxidase'. Tumbesaran H. Scabra juga ditingkatkan dengan kehadiran udang (0.738 g/hari) akibat peningkatan kualiti bentik oleh udang, menunjukkan potensi bagi mengkultur bersama kedua-dua spesis ini bagi mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan. Pengkulturan H. Scabra di dalam sangkar laut menunjukkan ianya lebih ekonomi berbanding dengan dalam tangki. Walaupun spesimen dalam sangkar laut menunjukkan kadar kemandirian yang rendah, tumbesaran adalah lebih baik (0.238g/hari) pada kepadatan stok 150g/m2. lni mungkin disebabkan adanya sumber bekalan makanan semulajadi dan pertukaran air berterusan dalam sangkar. Walaubagaimanapun, kualiti air dafam sistem tertutup boleh ditingkatkan dengan 'biofiltration' menggunakan Eucheuma sp. Walaupun tiada peningkatan tumbesaran spesimen dalam tangki dengan rumpai laut (p > 0.05), kadar kemandirian yang tinggi menunjukkan keadaan persekitaran yang sesuai dikekalkan dalam sistem ini. Tahap nutrien terlarut rendah dalam sistem dengan rumpai menunjukkan keberkesanan Eucheuma sp. dalam 'biofiltration'. Kajian ini menunjukkan bahawa kecekapan penghasilan boleh ditingkatkan melalui manipulasi faktor-faktor seperti gizi, kepadatan stok, pertukaran air, ciri-ciri substrat dan kandungan bahan organik, dan melalui polikultur dengan spesis yang bersesuaian.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Holothuria scabra, Akuakultur timun laut, Benih timun laut, Tumbesaran dan kemandirian dalam kaptiviti, Gizi tiruan, Rumpai laut |
Subjects: | Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL360-599.82 Invertebrates |
Department: | INSTITUTE > Borneo Marine Research Institute |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 21 May 2025 10:42 |
Last Modified: | 21 May 2025 10:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43812 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |