Isma Syafitri Eddy Muhartono and Mohd Roslan Bin Rosli and Nur Adimah Binti Adilon and Dewy Syahirah and Nur Nadiah Nabilah Binti Japanis @ Osman and Wanda Kiyah George Albert and Mohd Haazik Mohamed (2024) Analisis bibliometrik: Penyelidikan terhadap isu kesihatan mental kanak kanak di Asia Tenggara (2014-2024). Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 8. pp. 1-11. ISSN 2600-7819
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (591kB) | Request a copy |
Abstract
Isu kesihatan mental kanak-kanak telah menjadi perhatian global yang mendesak kerana kesannya terhadap kualiti hidup individu dalam jangka masa panjang. Di rantau Asia Tenggara, penyelidikan dalam bidang ini masih terhad akibat stigma sosial, kekurangan sumber, dan akses yang rendah kepada perkhidmatan kesihatan mental kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis secara saintifik trend penyelidikan mengenai kesihatan mental kanak-kanak di Asia Tenggara sepanjang tempoh 2014 hingga 2024. Data diperoleh daripada pangkalan data Scopus, dan perisian VOSviewer digunakan untuk memvisualisasikan corak penerbitan dan kolaborasi dalam topik ini. Sebanyak 103 artikel telah dikenal pasti, dengan Amerika Syarikat menerbitkan artikel terbanyak (n=26), diikuti oleh Australia (n=18) dan United Kingdom (n=15). Hasil ini mencerminkan dominasi negara maju dalam penyelidikan global berbanding dengan sumbangan negara serantau. Dari segi pengarang, Peltzer, Karl dan Pengpid, Supa dikenalpasti sebagai penulis paling prolifik, masing-masing dengan 5 artikel dan 161 sitasi, menunjukkan pengaruh mereka yang signifikan dalam bidang ini. Kata kunci utama seperti "Kesihatan Mental" (n=17), "Remaja" (n=7), "Kemurungan" (n=7), "Kemurungan" (n=4) mencerminkan fokus utama penyelidikan terhadap isu-isu kesihatan mental yang kritikal. Hasil dapatan dibincangkan berdasarkan analisis kata kunci dan trend penerbitan yang telah dikenalpasti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Kesihatan mental kanak-kanak, Asia Tenggara, Bibliometrik, VOSviewer |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF712-724.85 Developmental psychology - Including infant psychology, child psychology, adolescence, adulthood L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Social Work |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 20 May 2025 09:39 |
Last Modified: | 20 May 2025 09:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43813 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |