Hyacinth Chia (2005) Pola meminum alkohol keluarga, tahap pengetahuan alkohol dan pelanggaran disiplin. Kajian perbandingan pelajar bandar dengan luar bandar dari suku kaum Dusun di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
ABSTRACT.pdf Download (195kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Objektif kajian ini ialah untuk menentukan adakah terdapat perbezaan pola meminum alkohol keluarga, tahap pengetahuan tentang alkohol pelajar dan kes pelanggaran disiplin sekolah oleh pelajar lelaki dari suku kaum Dusun (SKD) antara yang bersekolah di bandar dengan di luar bandar. Kajian dibuat di lima buah sekolah menengah di Pantai Barat Selatan, Sabah. Saal selidik digunakan sebagai alat kajian. Seramai 60 orang responden yang terdiri daripada pelajar lelaki dari suku kaum Dusun yang berada dalam tingkatan empat telah dijadikan sampel. Semua responden telah dikenal pasti terlibat dengan penyalahgunaan alkohol. Saal selidik mengandungi 46 soalan dan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu : 1) demografi pelajar, 2) pola meminum alkohol keluarga pelajar, 3) tahap pengetahuan alkohol pelajar dan, 4) kes pelanggaran disiplin sekolah pelajar. Data dianalisa menggunakan SPSS versi 10.0. Pembuktian semua hipotesis adalah menggunakan Independent - Samples T Test Untuk Hipotesis Nul yang pertama iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan pola meminum alkohol keluarga antara pelajar lelaki dari suku kaum Dusun yang bersekolah di bandar dengan yang bersekolah di luar bandar, aras signifikannya ialah sebesar 0.000. Memandangkan kebarangkalian berlakunya fenomena tersebut adalah kecil (kurang dari 0.025 atau 2.5 peratus), maka wujud perbezaan min yang signifikan. Dengan erti kata lain, Hipotesis Nul ditolak. Dapatan untuk Hipotesis Nul yang kedua iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan tentang alkohol antara pelajar lelaki suku kaum Dusun yang bersekolah di bandar dengan yang bersekolah di luar bandar, aras signifikannya ialah 0.026. Memandangkan kebarangkalian berlakunya fenomena adalah tinggi (lebih dari 0.025 atau 2.5 peratus), maka tidak wujud perbezaan min yang signifikan. Dengan erti kata lain, Hipotesis Nul diterima. Ujian ke atas Hipotesis Nul yang ketiga iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan kes pelanggaran disiplin sekolah antara pelajar lelaki dari suku kaum Dusun yang bersekolah di bandar de:1gan yang bersekolah di luar bandar, aras signifikannya pula ialah 0.003. Memandangkan kebarangkalian berlakunya fenomena adalah kecil ( lebih dari 0.025 atau 2.5 peratus ), maka wujud perbezaan min yang signiikan. Dengc.1n erti kata lain, Hipotesis Nul ditolak.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Penyalahgunaan alkohol, Pelajar lelaki Dusun, Sekolah menengah Sabah, Pola minum alkohol keluarga, Pengetahuan alkohol pelajar |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Jun 2025 10:54 |
Last Modified: | 10 Jun 2025 10:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43886 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |