Jurry Foo (2018) Penglibatan komuniti tempatan dalam pasaran tumbuhan ubatan di tamu Pantai Barat Sabah Involvement of local community in the sale of medicinal plants at tamu markets of West Coast Sabah. AKADEMIKA UKM, 88 (1). pp. 1-15. ISSN 0126-5008
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (512kB) | Request a copy |
Abstract
Penglibatan komuniti dalam penjualan tumbuhan ubatan pasar tempatan yang dikenali sebagai tamu, merupakan kelaziman yang telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat di Sabah. Pergantungan terhadap sumber tumbuhan ubatan itu boleh dikaitkan dengan konsep tradisi ruang dalam kajian geografi, di mana manusia mengorganisasi dan menyusun ruang yang digunakan bagi mencapai matlamat penghidupan yang lebih baik. Dalam konteks ini, penyusunan ruang pasaran tumbuhan merujuk kepada tindakan terhadap sumber yang dikendalikan di tamu, kerana ia membentuk corak penglibatan komuniti yang biasanya dilabelkan sebagai ‘peranan’. Oleh kerana semua tindakan manusia merupakan penentu kepada fenomena dalam ruang, maka artikel ini akan mengupas penglibatan masyarakat tempatan dalam penjualan tumbuhan ubatan di tamu Pantai Barat Sabah dari perspektif tradisi ruang. Seramai 107 responden yang terdiri daripada sembilan etnik tempatan telah terlibat dalam proses soal selidik dan sesi temubual. Hasil kajian mendapati bahawa kuasa penuh diberikan kepada penjual dalam membuat keputusan terhadap tindakannya di tamu, manakala aspek pendapatan menjadi faktor utama motif penglibatan. Manakala mobiliti pengetahuan dan sumber mengenai tumbuhan ubatan telah dibawa bersama melalui pergerakan penjual di dalam lingkungan kawasan kajian dan dibawa masuk dari lokasi lain. Kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan komuniti tidak hanya tertakluk kepada tindakan, tetapi juga meliputi kuasa membuat keputusan dan proses mobiliti sumber dan bahan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Penglibatan; komuniti; penjualan; tumbuhan ubatan; tamu |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN50-995 By region or country Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 27 May 2025 09:32 |
Last Modified: | 27 May 2025 09:32 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43921 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |