Jaspha Anik (2014) Hubungan antara iklim organisasi dengan prestasi kerja guru sekolah menengah di daerah Keningau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (988kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang iklim organisasi dan hubungannya dengan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru sekolah menengah daerah Keningau, Sabah. Instrumen yang digunakan ialah soal sefidik. Sampel dipilih menggunakan kaedah rawak berlapis. Seramai 225 daripada 432 orang guru di enam buah sekolah menengah daerah Keningau, Sabah telah menjadi responden. Data dianalisis dengan menggunakan "Statistical Package for Social Science" (SPSS) Versi 21.0. Kajian rintis melibatkan tiga puluh orang guru di salah sebuah sekolah menengah daerah Keningau telah dilaksanakan bagi menentukan konsistensi dalaman instrumen. Nilai alpha yang diperoleh ialah 0.93. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap iklim organisasi dengan tahap prestasi kerja (r = 0.431, p = 0.000). Manakala setiap dimensi iklim organisasi juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap prestasi kerja. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman kerja dan jantina dengan iklim organisasi dan prestasi kerja. Kajian ini mencadangkan agar pihak yang terlibat dalam organisasi sekolah seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah serta pentadbir-pentadbir sekolah supaya lebih peka kepada keperluan iklim organisasi yang kondusif dan selesa untuk guru-guru menjalankankan tugas mereka, khususnya yang melibatkan dimensi ganjaran, dimensi piawai prestasi dan juga dimensi sokongan. Pengiktirafan perlu diberi kepada guru berpengalaman serta mengamalkan prestasi kerja yang tinggi, agar ianya boleh dijadikan model serta ikutan kepada semua guru yang lain.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Organizational climate, Job performance, Secondary school teachers, Teacher motivation, Educational administration, Sabah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Jun 2025 11:53 |
Last Modified: | 10 Jun 2025 11:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44015 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |