Muhammad Rosli Yusoff (2014) Gaya asuhan ibu bapa dan disiplin murid sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jenis gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa murid berdasarkan empat jenis gaya asuhan yang dalam membentuk tingkah laku anak-anak yang berakhlak mulia. Selain itu juga, kajian menumpukan kepada hubungan diantara empat jenis gaya asuhan ibu bapa dengan masalah disiplin murid di sekolah rendah yang merupakan isu utama dalam dunia pendidikan pada masa kini. Didikan oleh ibu bapa di rumah dilihat sebagai satu faktor yang mendorong kepada tingkah laku negatif dan masalah disiplin di sekolah. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pola gaya asuhan ibu bapa yang paling banyak diamalkan oleh ibu bapa murid serta mengkaji sama ada terdapat hubungan di antara empat gaya asuhan ibu bapa dengan masalah disiplin murid. Seramai 118 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang dijalankan di 3 buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian dijalankan menggunakan borang kaji selidik yang mengandungi 46 item menggunakan skafa likert lima. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS} i.ersi 21.0 dan dapatan dilaporkan dalam bentuk deskriptif (min) dan inferensi (korelasi). Data yang diperofehi diuji menggunakan "Alpha Cronbaclf'.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Gaya asuhan ibu bapa, Masalah disiplin murid, Pendidikan sekolah rendah, Tingkah laku anak, Skala likert, Kajian korelasi |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Jun 2025 16:03 |
Last Modified: | 11 Jun 2025 16:03 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44019 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |