Hubungan faktor keluarga, sikap guru dan pelajar terhadap masalah ponteng di sekolah

Sunita Hassan@ Shu Ken Hua (2014) Hubungan faktor keluarga, sikap guru dan pelajar terhadap masalah ponteng di sekolah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (841kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan faktor keluarga, sikap guru dan pelajar terhadap masalah ponteng di daerah Tawau, Sabah. Kajian ini melibatkan 160 orang responden yang terdiri daripada 99 orang responden lelaki dan 61 responden perempuan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Tawau. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima mata. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Peratusan, min dan sisihan piawai daripada data statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis taburan. Manakala ujian-t dan Anova digunakan untuk melihat perbezaan skor min faktor keluarga, sikap guru dan pelajar sekolah menengah dari aspek jantina, tingkatan, kerja bapa dan kerja ibu responden. Dan untuk melihat hubungan faktor keluarga, sikap guru dan pelajar analisis korelasi pearson digunakan. Kajian rintis telah dilaksanakan oleh pengkaji untuk melihat kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang diedarkan. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk instrumen faktor keluarga ialah 0.751, sikap guru ialah 0.777 dan untuk sikap pelajar pula ialah 0.844. Dapatan kajian mendapati masalah ponteng di sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Tawau berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min 3.29 dan sisihan piawai 1.042. Manakala hasil ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sangat lemah antara sikap guru dan pelajar terhadap masalah ponteng di sekolah. Manakala hasil ujian korelasi antara faktor keluarga dan ponteng sekolah menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan (r-=0.164, p=0.020).

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Masalah ponteng sekolah, Sikap pelajar, Sikap guru, Faktor keluarga, Pelajar sekolah menengah, Tawau, sabah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Jun 2025 11:56
Last Modified: 10 Jun 2025 11:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44020

Actions (login required)

View Item View Item