Adizah Jual (2014) Hubungan pengurusan disiplin dengan salah laku pelajar di sekolah menengah dalam daerah Papar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
ABSTRACT.pdf Download (182kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Disertasi ini ditulis untuk mengupas berkaitan dengan hubungan pengurusan disiplin dengan salah laku pelajar sekolah menengah di daerah Papar, Sabah. Bagi menjawab persoalan kajian dalam penyelidikan ini, seramai 249 orang guru dijadikan responden untuk menjawab soal selidik yang telah disediakan. Objektif kajian ini ialah menentukan amalan pengurusan disiplin (perancangan, pelaksanaan dan penilaian) yang paling kerap diamalkan oleh guru disiplin, menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam persepsi guru terhadap amalan pengurusan disiplin mengikut faktor demografi seperti kelayakan akademik dan pengalaman mengajar guru disiplin, dan menentukan sama ada wujud hubungan yang signifikan antara pengurusan disiplin dengan salah laku pelajar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang mengandungi 45 item (29 item berskala Likert lima untuk pengurusan disiplin dan 16 item berskala Likert lima juga untuk salah laku pelajar). Hasil kajian rintis yang dijalankan menunjukkan nilai alfa Cronbach 0.930. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan 'Statistical Packages For Social Sciences' (SPSS) versi 22.0 dan dapatan dilaporkan dalam bentuk deskriptif (frekuensi, peratus dan min) dan inferensi (ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson). Hasil kajian menunjukkan perbezaan terhadap persepsi guru dalam pengurusan disiplin. Dari segi amalan, dapatan kajian menunjukkan item perancangan disiplin paling kerap dilaksanakan dalam pengurusan disiplin. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengurusan disiplin mempunyai hubungan yang kuat dengan salah laku pelajar di sekolah menengah. Kesemua dapatan ini diuji pada aras kepercayaan p<0.05. Ekoran daripada itu, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan komitmen para guru disiplin dalam menjalankan tugas pengurusan disiplin.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Pengurusan disiplin, Salah laku pelajar, Sekolah menengah, Guru disiplin, Persepsi guru, Demografi guru |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Jun 2025 11:16 |
Last Modified: | 11 Jun 2025 11:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44022 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |