Fauziah Nasir (2018) Kajian filogenetik dan morfologi Calanthe (Orchidaceae) di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
ABSTRACT.pdf Download (194kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (10MB) |
Abstract
Genus Ca/anthe terdiri daripada kira-kira 207 spesies, tersebar dari Afrika ke Asia dan pulau-pulau Pasifik, dengan spesies tunggal di Amerika tropika. Terdapat kirakira 23 spesies yang terdapat di Sabah. Beberapa spesies dalam genus ini memerlukan data filogenetik molekul untuk persempadanan spesies. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menjelaskan hubungan filogenetik spesies Calanthe di Sabah menggunakan primer ITS 1-4 dan rbcL, serta mendepositkan jujukan DNA di GenBank untuk tujuan kod bar. Sampel spesimen telah dijalankan di Taman Kinabalu, Taman Banjaran Crocker dan Pusat Orkid Poring. PCR dijalankan mengikut piawaian protokol QIAGEN dengan sedikit pengubahsuaian, manakala penjujukan dijalankan menggunakan primer ITS dan primer rbcL. Terdapat 22 spesimen yang dikumpul, yang terdiri daripada 10 spesies. Satu projek bertajuk "Calanthe Ba reading (CALOS)" telah dicipta di dalam pangkalan data BOLD. Dari kladogram Parsimoni Maksimum ITS dan Persamaan Maksimum, genus Calanthe terbahagi kepada tiga kumpulan: Kumpulan 1 yang terdiri daripada subgenus Calanthe seksyen Calanthe iaitu C cf. pulchra 2, C d. woodii 1/ C d. woodii 3, C lambii, C cf. lambii 4/ C cf. lambii 1/ dan C d. lambii 2. Kumpulan 2 juga merangkumi seksyen Calanthe namun hasil daripada jujukan DNA yang pendek iaitu C kinabaluensis/ C woodii, C cf. trip/icata 1 dan C triplicata. Manakala Kumpulan 3 menempatkan seksyen Stylog/ossum/ C albolutea/ C musa-amanii, C aurantiaca dan C speciosa. Keputusan ini menyokong pengelasan taksonomi oleh Clayton dan Cribb (2013) untuk subgenus Calanthe seksyen Styloglossum dan Calanthe. Dari hasil jujukan DNA rbcl menggunakan Parsimoni Maksimum dan Persamaan Maksimum menempatkan seksyen Styloglossum sebagai genus Styloglossum; C albolutea/ C musa-amanii, C. aurantiaca/ C. cf. pu/chra 2 dan C aurantiaca sebagai monofiletik menguatkan sokongan filogenetik kedudukan seksyen Styloglossum sebagai genus Styloglossum Breda kecuali C pulchra dan C d. pulchra 1 adalah polifiletik. Oleh itu, kajian ini hampir berjaya mengelaskan klasifikasi taksonomi menggunakan ITS dan rbcl dan dan berjaya mendeposit maklumat spesimen dan hasil kajian jujukan Calanthe ke dalam BOLD untuk kodbar spesies.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Calanthe, Filogeni tumbuhan, ITS1-4, rbcL, DNA barcoding, Sabah |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK494-494.5 Gymnosperms |
Department: | INSTITUTE > Institute for Tropical Biology and Conservation |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Jun 2025 15:28 |
Last Modified: | 11 Jun 2025 15:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44073 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |