Jovita Sidi (2005) Kajian kepekatan logam berat (Cd, Cu, Cr, Pb dan Zn) dalam Meretrix meretrix roding di estuari Sungai Likas. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES..pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kepekatan logam-Iogam berat(Cd, Cr, Cu, Pb dan Zn) daJam tisu Meretrix meretrix Roding ataupun Dalus (nama tempatan) yang hidup di estuari Sungai Ukas. Min kepekatan Cd dalam tisu Meretrix meretrix Roding di Ukas 1 (kawasan tengah estuari) dan Likas 2 (kawasan berhampiran pantai) masing-masing adalah 3.273 ± 1.460 µ/g dan 2.413 ± 1.353 µ/g, nilai Cu masing-masing adalah 6.622 ± 1.302 µ/g dan 6.527 ± 1.784µ/g, nilai Cr masing-masing adalah 2.279 ± 2.371 µ/g dan 1.159 ± 0.592 µ/g, nilai Pb masing-masing adalah 1.738 ± 0.919 µ/g dan 1.718 ± 0.585 µ/g, dan nilai Zn masing-masing adalah 106.728 ± 28.825 µ/g dan 84.734 ± 12.254 µ/g. Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa kepekatan logam-logam berat tersebut (kecuali logam Pb) dalam tisu Meretrix meretrix yang diperolehi dari kawasan tengah estuari adalah lebih tinggi berbanding Meretrix meretrix yang diperolehi dari estuari berhampiran pantai. Hasil daripada kajian ini juga menunjukkan bahawa min kepekatan logam berat dalam tisu moluska tersebut di estuari Sungai Likas adalah lebih tinggi (p<0.05) berbanding dengan moluska sedemikian yang terdapat di estuari Kota Belud dan Sandakan. Meretrix meretrix juga didapati mengandungi logam Cd, Cr dan Zn lebih tinggi berbanding Anadara Granosa; dan logam Cd dan Cr berbanding Crassostrea iredalei (p<0.05). Berdasarkan perbandingan kepekatan logam-logam berat dalam tisu moluska, jumlah sedimen dan sedimen halus, didapati bahawa tisu Meretrix meretrix boleh menggambarkan kehadiran pencemaran oleh logam berat di sesuatu kawasan. Meretrix meretrix mampu menumpuk logam berat sehingga 10-161 kali lebih tinggi daripada air, manakala niJai faktor pemekatan daripada sedimen adalah 0.01-5.4. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, Meretrix meretrix adalah berpotensi untuk digunakan sebagai petunjuk biologi bagi pencemaran logam Cd, Cu, Pb dan Zn di kawasan estuari. Kepekatan logam berat dalam tisu Meretrix meretrix di estuari Sungai Likas adalah masih berada di bawah paras yang dibenarkan dalam Peraturan Makanan Malaysia (1985), dan juga standard antarabangsa bagi logam dalam moluska yang diluluskan oleh Food and Agriculture Organization (FAO), United Nations.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Meretrix meretrix, Bioindikator logam berat, Cd, Cr, Cu, Pb, Zn, Sungai Likas, Sabah, Malaysia |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD201-500 Water supply for domestic and industrial purposes > TD419-428 Water pollution |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Jun 2025 15:30 |
Last Modified: | 11 Jun 2025 15:30 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44085 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |